Hari Ahad lepas, makan tengahari ialah aYaM pAnGgAnG...!!!
Disebabkan ayam kali ini agak besar, nasi dimasak sedikit sahaja, takut membazir. Akhirnya tak seorang pun makan nasi; semua meratah ayam beserta salad dan timun.
Setelah diperap selama setengah jam, ayam dipanggang di tahap suhu 200 selama 2 jam. Dah boleh dimakan dah selepas 2 jam, tapi untuk menambah kegaringan, maka diteruskan panggangan selama setengah jam lagi di tahap suhu 150 (Tak pasti celcius atau fahrenheit; kat sini masih guna ukuran bukan metrik). Hasilnya, ayam yang cukup masak, bahkan lembut hingga ke dalam, dan garing di sebelah luar