Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 17-Mar-2008 12:53
Ekspedisi Irau II
Cabaran mendaki Gunung Irau telah berjaya kami sahut buat kali kedua pada 15~ 16 Mac 2008 yang lalu. Kali ini peserta terdiri dari 8 orang termasuk 4 peserta baru yang merupakan penuntut Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Kumpulan diketuai oleh Azhar Ali (penulis dan penganjur ekspedisi yang lepas) kini menggelarkan diri mereka sebagai "Ipoh Hiking & Expedition Team (IHET).


Kami bertolak dari Ipoh pada pukul 9:30 pagi dan sampai di Brinchang pada pukul 10:30 pagi. Sampai di Brinchang, kami mencari kawasan meletak kereta untuk ditinggalkan semalaman. Kami tak sanggup lagi nak bawa kenderaan sendiri ke starting point di Gunung Brinchang sebab keadaan jalan yang merbahaya dengan kecerunan sehingga 45ยบ. Kemudian pemandu van yang dijanjikan sampai untuk membawa kami ke Gunung Brinchang.

Setelah berbincang, pemandu van itu bersetuju membawa kami menjamah makan tengahari terlebih dahulu di pekan Brinchang sambil mengambil peluang terakhir membeli-belah sebelum mendaki.

Kami tiba ke starting point pada pukul 1:30 petang. Setelah membayar wang "servis" mengangkut kami dan segala peralatan, kami pun bersiap sedia untuk mendaki.
Sebelum itu, sekumpulan seramai 5 orang berbangsa Cina kelihatan sedang mula menaiki tangga khas di "starting point" untuk menuju ke destinasi yang sama.

Cabaran bermula...
Pendakian kami kali ini agak sukar dan lebih mencabar dari ekspedisi yang lepas kerana hujan turun menyebabkan keadaan "track" menjadi licin dan merbahaya. Aku terpaksa melupakan hasrat utk mengambil lebih banyak gambar kerana kamera aku bukan jenis "waterproof" atau "splashproof" atau entah apa proof lagi. Aku harus menyalahkan diri sendiri kerana tak bawa "raincoat". Aku hanya ada "rain-cover", untuk melindungi "backpack" dari dimasuki air hujan. Disebabkan hujan, kami tak banyak berhenti, kalau berhenti pun tak terlalu lama sebelum meneruskan semula perjalanan. Akhirnya kami sampai ke puncak "Anak Irau" pada pukul 5:15 ptg. Waktu ini, hujan sudah mula reda. Tetapi malangnya walaupun hujan tidak lama, ia meninggalkan kesan laluan yang sukar kepada kami. Apapun halangan, kami harus meneruskan pendakian. Sut mendaki kami sudah tidak serupa pakaian. Kasut, seluar, baju hingga ke topi disaluti lumpur dan tanah. Kami tak peduli semua itu lagi, apa yang penting ialah untuk sampai ke puncak Gunung Irau. Kira-kira sejam pendakian dari "Anak Irau", tiba-tiba terdengar bunyi deruan angin yang kencang, bunyi yang seakan-akan kami berada di tepi pantai mendengar suara ombak yang kuat menghempas pantai. Rupanya ia tanda kami sudah mencecah ketinggian lebih 2000 meter dari paras laut. Memang kuat tiupan angin kali ini. Tak seperti kali pertama kami datang sebelum ini. Kami tahu kami sudah hampir. Dalam kepenatan yang teramat sangat, tak berapa lama akhirnya kamipun sampai ke puncak Irau. Terdengar suara-suara asing di celah-celah pohon renek yang tumbuh di atas puncak gunung ini. Apabila kami menerjah laluan kecil untuk ke pelantar kecil di atas puncak, terlihat 3 buah khemah sudah didirikan. Rupanya sekumpulan seramai 5 orang tadi telah sampai terlebih dahulu dari kami. Mereka menyambut ketibaan kami seorang demi seorang. Kami terpaksa berkongsi tapak perkhemahan di puncak pada malam itu. Tetapi mereka memang "memiliki semangat kesukanan" kerana menyediakan ruang secukupnya untuk kami mendirikan 3 buah khemah milik kami. Mungkin mereka sedar mereka akan "ditemani" oleh kami kerana telah bertembung di "starting point" tadi.



Resembling Harry Porter...The Prisoner of Azkaban!






On top of the world, 2110 meter above sea level, we are the highest among others


Foggy mountains in the morning

Sabtu, 15 Mac 2008
14:15 - Bermula dari "starting point" Gunung Brinchang
15:00 - Hujan mula turun dalam perjalanan
17:15 - Sampai ke Puncak "Anak Irau" dan berehat
17:45 - Bergerak dari "Anak Irau" menuju ke puncak sebenar
18:45 - Kumpulan pertama sampai ke puncak Gunung Irau, pasang khemah
19:10 - Kumpulan kedua termasuk aku sebagai "Team Leader" sampai ke puncak

Ahad, 16 Mac 2008
12:00 - Bergerak turun dari puncak Irau
12:45 - Kumpulan pertama sampai ke "Anak Irau"
13:00 - Kumpulan kedua sampai ke "Anak Irau"
13:25 - Bergerak turun dari "Anak Irau"
16:00 - Kumpulan pertama selamat sampai
16:45 - Kumpulan kedua selamat sampai. Masa ni aku rasa tak larat sangat, rasa mcm nak demam. Esoknya aku cuti emergency sebab nak relek kat rumah...hehehe

The winding world..


our nice shoes & boots


share the same peak


drop signature


the celebration on the great effort, we reach the peak of 2110meter above sea level on March, 15th 2008!!!

"Mountains are silent teachers and they show
the way to noble qualities:
"humility towards nature, sacrifice and willpower"


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.