Bila cuti sekolah tiba ramai lah org bercuti. Ya lah, ambil kesempatan untuk bersama anak2 dan keluarga. Cara kehidupan sekarang pun dah berubah, tak macam dulu2, ibu bapa selalu sibuk dgn kerjaya masing2. Ini lah masa yg sesuai untuk ambil cuti.
Kali ni malas pulak nak pergi jauh2. Asalkan keluar KL cukuplah. Cara kebetulan suami ada urusan kerja di Melaka dan Bukit Tinggi (Pahang) jadi ambil kesempatan mengikut. Bukan nya ramai pun, cuma kitorang bertiga, anak2 yg dua lagi tu masing2 di U. Mereka balik hanya during the weekend dan semester break. Amir yg bongsu ni lah yg selalu excited nak pergi holiday.
Di Melaka kitorang duduk di Holiday Inn, betul2 menghadap Pulau Melaka (yoo..bro Jeff..). Dah lama jugak tak datang ke sini walaupun agak dekat. Nampak banyak pembangunan di kawasan Ayer Keroh dan Bandar Melaka. Saya yg memang kaki antik tidak melapaskan peluang ke Jonker Street, happy kerana dapat membeli sepasang pinggan antik yg agak unik, harga pun berpatutan.
Di Colmar Tropical hanya tidur semalam, itu pun rasanya dah cukup sebab tak banyak aktiviti yg boleh di buat di sini. Selain dari tea house, rabbit farm, horse riding, 18 hole golf course tak ada apa yg intimewa. Cuma tempat dan bangunan2 nya dibina mengikut perkampungan di negara Perancis, memang cantik dan memberi mood yg berbeza.
Saya berasa agak kesal kerana pada malam hari nya di adakan pertunjukan tarian ala2 broadway dan perancis, tarian gelek dan ada dua tiga lagi yg lain di tarikan oleh anak2 gadis kita (org melayu) dgn pakaian yg agak berani. Saya perhatikan hampir semua nya budak melayu. Masa tu 'guest' ramai pak arab dan korean (agaknya)....apalagi mereka enjoys la....Terfikir di kepala saya, kenapa anak bangsa asing tak berminat dgn kerjaya ni, kenapa anak2 kita yg berugama Islam.....
Anyway, bersyukur kerana dapat menghabiskan masa bersama org2 tersayang......
Harap member fp juga dapat bercuti dan berehat dgn keluarga masing2.....
Sebelum mengakhiri entry kali ni, salam dan doa untuk kawan fp kita Yaa, yg begitu sabar menjaga ibu nya yg sakit di KL. Kita doakan semoga ibu nya cebat sembuh dan dapat bertugas seperti biasa.