Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 16-Mar-2008 09:03
[Corporate Shoot] AEON Annual Dinner | PICC
Salam semua...

Annual dinner kedua yang mendapat liputan LensaKAMI pada kali ini telah diadakan di Putrajaya International Convention Center [PICC]. Dilangsungkan pada 10 Mac 2008, tema pada kali ini ialah Red Carpet. Annual dinner ini melibatkan 3 cawangan AEON iaitu dari Cheras Selatan, Bandar Sunway dan Taman Equine.

Krew LensaKAMI [Amadonchs dan CikKerr] telah turun beraksi untuk membuat liputan pada kali ini. Kawasan PICC mula dibanjiri bas-bas persiaran yang disewa khas oleh AEON dan kereta-kereta kakitangan AEON pada jam 7.00 malam. Sememangnya PICC adalah sebuah tempat yang indah dan sangan sesuai untuk dijadikan tempat melangsungkan Annual Dinner. Terletak di tengah-tengah Putrajaya, lokasi yang strategik ini menonjolkan lagi imejnya sebagai Pusat Konvensyen terunggul di Putrajaya.

Majlis bermula lebih kurang jam 8.15 malam. Beberapa orang tetamu kehormat VIP turut hadir untuk memeriahkan majlis. Pelbagai persembahan disajikan dari kesemua cawangan. Nyanyian tarian dan drama silih berganti mengambil tempat di atas pentas. Disusuli dengan acara cabutan bertuah.

Kesimpulannya, majlis ini telah berjaya meninggalkan kesan yang mendalam terhadap mereka yang menghadirinya dan adalah menjadi tugas dan tanggungjawab LensaKAMI untuk mengabadikannya sebagai sebuah kenangan manis yang sukar dilupakan.

Layannnn....







© Pidgin Technologies Ltd. 2008.