Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Dalam cup

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Dalam cup



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 14-Mar-2008 02:21
Hepi Besday mak!
Semalam adalah hari lahir my MIL yang ke 63 tahun.... Semoga mak dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan gembira hendaknya.... amin

Suami, adik2 ipar dan liza berkongsi hadiah untuk MIL. Liza ada buatkan kek untuknya. Just simple kek jer... iaitu Kek Mentega Keju Oren... Resepi ini liza ada ubahsuai sikit. Resepi asal dari Chef Norzailina. Thanks for the recipes. Maaflah liza ada ubah sikit. Liza gantikan esen vanila dengan sunquick dan kurangkan sikit gula sebab MIL tak makan manis... Di sini disertakan resepinya....



KEK MENTEGA KEJU OREN

Bahan-bahan :
170gm mentega
125gm krim keju
250gm gula castor (liza kurangkan ke 210gm)
5 biji telur, asingkan putih dan kuningnya
210gm tepung serbaguna
1 1/2 camca teh baking powder, diayak bersama tepung
2 camca teh esen vanilla (liza gantikan dengan 1 1/2 sudu makan Sunquick)
1/8 camca teh cream of tartar

Cara-cara :
1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Teruskan memutar hingga habis.
3. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji. Putar sebati.
4. Masukkan tepung. Perlahankan putaran. Masukkan sunquick.
5. Dalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan cream of tartar.
6. Apabila sudah kental, masukkan 1/3 bahagian ke dalam adunan mentega/keju/tepung. Kaupbalikkan. Ulangi hingga habis.
7. Ratakan adunan ke dalam loyang beralas kertas dan dilengser sedikit majerin.
8. Bakar pada suhu 170 darj cel selama 1 jam atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
9. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari loyang.




Sedap kek ni. Kejunya tidaklah terasa sangat. Ipar dan anak2 buah suka makan...



Quote:
yadami - memang gebu dan sedap. Maisarah tgh nk blaja berjalan. Dia sibuk nk duduk dalam kotak hadiah.Terima kasih bagi pihak my MIL.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.