Pagi tadi Azureen terjaga agak awal (seperti selalunya). Sebelum pukul 6 pagi zureen dah terjaga, terus mencari mama atau ayah nak bermanja. 2-3 hari ni pun zureen demam sikit, ditambah pula batuk dan selsema. Tu yang rasa lesu je badan ni, nak senyum pun malas. Selepas seketika diulit ayah dan kemudiannya mama, zureen terlena kembali. Bila terjaga semula dalam pukul 8 pagi tiba2 ayah bersuara "Dah lama tak amik gambar adik tengah baring2kan?", lantas terus ke bilik mencapai kameranya. Inilah dia aksi2 spontan zureen sebaik terjaga dari tidur pagi tadi. Kalau ikutkan hati memang takde mood nak beraksi, tapi ayah asyik menjerit "senyum zureeeen!"... hmm layan je la...