demam pilihanraya melanda seluruh negara. bermula pada 24/2/2008 hingga ke 7/3/2008. semua parti dari kerajaan mahupun pembangkang giat berkempen bagi mendapatkan keyakinan rakyat semua..
dan seperti tahun 2004 yang lalu, aku sekali lagi berkhidmat di bawah SPR dan di P.115 Batu. niat aku satu je, aku mahu jadi pemantau dalam SPR ni. biar ada orang yang katakan SPR beginilah, begitulah, bagi aku asalkan aku jalankan tugas dengan ikhlas dan jujur, kire ok apa. dapat elaun skit hehehehe
sebelum hari kejadian, segala persiapan dijalankan. sampai terabai sekejap kerja sekolah dan opis. argh tak kisahlah. janji aku yakin dengan apa yang aku buat ni.
kali ni aku jadi Ketua Tempat Mengundi (KTM) di SK Convent Sentul. macam2 gelagat dapt aku tengok. bermula seawal pagi hingga semua keputusan diumumkan.
sebelum hari pengundian, aku terima kertas undi pos yang dihantar di rumah. sebagai rakyat yang bertanggungjawab (hahahah) aku sanggup pi hantar sendiri kertas undi aku ni ke bilik gerakan. dengan harapan dapatlah beri kemenangan skit kat calon 'itu'