Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Katil orang sakit

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Katil orang sakit



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 7-Mar-2008 04:21
18-200208 - Lymphadenitis
Salam,

Maaf byk2 ye sbb dah lama sgt tak post kat laman FP. FYI, buat masa ni saya masih dlm hospitalisation leave... dok 'berehat' kat rumah saja sekarang.

Pasaipa blh dpt cuti panjang??? Well... here's the story...
(maaf banyak2 nu sbb tak bgtau sesiapa pun when I was admitted, bukannya apa... just taknak semua org panic & rushing to hospital, lagipun... it was a minor surgery only).

2 weeks before the surgery...
... Bila tengok kat cermin dapat lihat ada benjolan-benjolan kecik di kawasan antara dagu dan adam's apple. Bila tekan & picit tak la pulak rasa sakit. Takdak pulak masalah atau sakit lain. Nak makan or minum pun takdak masalah.
... So, mcm biasa la ... just ignore it and hopefully the lumps will go away in few days.


About a week before surgery...
... The lumps still there. Takpa la kot... just ignore saja. Lagipun minggu ni nak pi BBQ dgn kawan2 sekerja kat Teluk Bayu.




Friday, 15 Februari 2008...
... Nampaknya terpaksa jugak pi jumpak doktor sbb benjolan-benjolan tu masih besar, about 1/2 size of bola ping-pong.
... After diagnosis, doktor decide utk bagi high-dosage antibiotik. He said, the lumps might caused by viral infections. But it might also being a cancer. Then, on second thought, the doctor said it's better if a specialist examine my condition.


Saturday, 16 Februari 2008...
... For the 1st time I'm going to Hospital Lam Wah Ee (LWEH), Penang. Walaupun agak lewat bertolak dari rumah, but hopefully the ENT Specialist is still there. I've being told that the doctor works half-day on Saturday.
... Unfortunately, I lost my way... sesat jalan la pulak. Maklum la tak familiar dgn jln2 kat Penang ni. Entah macam mana boleh terlajak sampai ke Gurney Drive. Lepas tu jumpak Komtar pulak. Aiseh... mmg confirm dah salah jalan ni. Pusing punya pusing... perut pun dah lapar. Jalan pulak jammed. Aduiii... letih dah ni. Hospital tak jumpak pun.
... Hmm... dah dekat pukul 2ptg. Balik rumah je la. Lagipun mlm ni nak kena kerja pulak.


Monday, 18 Februari 2008...
... Sekali lagi pergi ke LWEH. Dapat jugak cari. Rupa2nya senang saja nak pi ke Hospital ni Tapi yang leceh tu jalan mmg sesak betul kat Jambatan menghala ke Penang.
... Around 9:30am daftar kat kaunter. Tapi... nasib kurang baik la pulak. Sesi pagi dah penuh. Next appointment jam 2:30pm. Hmmm... ronda2 Penang dulu la nampaknya.

... Pukul 2pm dah pi tunggu depan bilik doktor. Then, nurse bertugas bagi nombor giliran. Alamak!!! Dpt # 37 la pulak. Aiseh... mesti nak kena tunggu lambat lagi. So tunggu saja la doktor mai. Bosan betoi dok menunggu mcm tu. Pandang kanan... pandang kiri... hmmm... ramai la pulak Indonesians kat sini.
... Nasib agak baik ptg tu sbb dpt jadi org pertama jumpak doktor. Rupa2nya nombor giliran tu adalah termasuk yg mai sessi pagi tadi.

... Bermula dari saat tu until the next 3 hours mcm2 diagnosis dan ujian dibuat:
..... 1st, doktor nak masukkan kamera melalui hidung & mulut nak tengok kat dalam tu pun ada bengkak ka. Sebelum tu nurse spray sejenis cecair ke dalam hidung & mulut. Entah la apa nama cecair tu. Tapi yg pasti ialah bila spray dalam mulut rasa pahit yang teramat sgt dlm tekak.
..... Sementara nak tunggu cecair tu sebati dlm hidung & mulut, kena pi buat neck CT scan. Aiseh... yg tak best tu nak kena cucuk dgn jarum la pulak 1st time buat CT scan ni rasa best jugak. Bila dah baring atas platform mesin CT tu, technician bertugas inject pulak cecair pewarna. Tapi, entah la warna apa sbb tak sempat nak tengok. Dia bgtau cecair tu fungsinya supaya mudah nak tengok imej masa scan. Dia kata blh nampak sel cancer bila guna pewarna tu. Ayat dia yang tak dpt dilupakan.. "Jangan bergerak. Jangan telan air liur" Tiap kali masuk dlm mesin CT, ayat tu saja yg dia dok ulang.
..... Selepas dpt gambar imej scan tu, sekali lagi pi jumpak doktor. Kali ni doktor masukkan kamera melalui lubang2 hidung & mulut. Blh nampak ada benjolan kat dlm tekak tu. Aiseh... ngeri la pulak tgk
..... Then, kena buat blood test & urine test pulak. Kena cucuk lagi dgn jarum... hampeh betoi
..... Kali ketiga jumpak doktor ptg tu, dia bgtau CT scan tunjuk takdak tanda2 cancer. Alhamdulillah, lega dgr. Tapi, dia kata, kena masuk wad hari tu jugak sbb esok pagi nak buat minor surgery nak keluarkan nodul limfa yang bengkak tu.
... Around 5:30pm, nurse bawak ke tempat daftar wad at ground floor. Lama betoi nak kena tunggu sbb katil belum ready. Lbh kurang pukul 7:15pm baru dibawak masuk ke wad. Kena pakai wrist tag sbb dok dlm wad. Oleh sbb mai sehelai sepinggang hari tu, so, mintak nak balik tidoq kat rumah mlm tu.



..... Tak lama lepas masuk ke bilik ada nurse mai ambik blood pressure & body temperature. Then, nurse lain pulak mai. Kali ni nak kena cucuk sekali lagi sbb nak masukkan antibiotik melalui salur darah. Antibiotik cecair tu 100ml saja, tapi lama betoi nak habih.
..... Selepas tu, nurse tadi mai semula & bagitau doktor benarkan balik tapi awal pagi esok kena ada dlm bilik. Yahooooo.... blh tidoq kat rumah Tapi... malangnya, jarum & valve yang kat tangan tu tak blh ditanggalkan. Tapi, takpa la, asalkan dpt blk rumah.



Tuesday, 19 Februari 2008...
... Awal pagi ni dah check-in semula ke wad. Lapaq pulak rasa tapi tak dibenarkan makan dari tengah mlm semalam sbb ada surgery hari ni.

... Lebih kurang pukul 8:30am, pakar bius mai check. Lepas tu doktor yg nak buat surgery tu pulak mai. Bosan betoi dok tunggu sbb tak tau pukul berapa nak kena bedah ni. Pagi ni saja dah 2 botol antibiotik masuk ke badan ni. Masa buang air kecil... adoiiiii... baunya sungguh tak semerbak wangi. Bau busuk ubat saja.

... Pukul 1:30pm, dok bersiap dah utk ke bilik operation. Kena suntik lagi sekali. Kali ni ubat tahan sakit pulak. Pada masa yg sama lagi 1 botol antibiotik dimasukkan ke badan.
... Pukul 2:00pm, dah dibawa ke bilik operation. Bila tengok keliling ramai jugak yang nak dibedah hari tu. Org tua, org muda, semua pun ada. Lepas tu, pakar bius mai. Walaupun ubat bius tu dicucuk melalui tiub kat tangan, tapi, mmg rasa sakit teramat, tak dpt nak digambarkan dgn perkataan.
... Aiseh... rasa mengantuk pulak dah ni. Mungkin sbb ubat bius mula berfungsi dah. Mata pun makin lali. Penglihatan pun makin kabur dah. Perkara terakhir yg nampak ialah dok ada dlm bilik operation. Pintu pun dah ditutup. Then.. tak sedar dah apa yang berlaku.

... Selepas pembedahan, dibawak balik ke bilik. Entah la berapa lama pembedahan tu. Selepas kesan ubat bius semakin berkurang, dpt dgr suara2 dari katil sebelah. Rupa2nya dah dpt roommate yg baru pulak, an Indonesian. Tapi, waktu tu masih dok lali lagi. Sesekali tersedar bila ada nurse mai bg bunga. Ada jugak nurse yg mai tunjuk nodul limfa yg dah dikeluarkan masa pembedahan. Tapi, mata ni masih kabur, fikiran pun masih tak blh bg tumpuan, kepala pun rasa berat, bdn pun rasa sukar nak digerakkan.
... Sepanjang ptg dan mlm tu cuma tidoq saja. Tak blh nak buat apa dah.


Wednesday, 20 Februari 2008...
... Lebih kurang pukul 2 pagi tersedar dari tidoq. Nampaknya kesan ubat bius dah hilang. Tapi rasa loya betoi tekak ni. Nak kena bangun jugak.
... Perlahan-lahan bangun pi ke toilet dan terus... uweeeekkkkkk. Yg keluar adalah cecair kuning bercampur sikit darah. Ish risau gak. Bila nurse mai nak masukkan antibiotik lagi 1 botol dia bgtau muntah bercampur sikit darah tadi tu normal selepas buat operation di bahagian tekak. Fuhhh.. lega... hilang dah risau.

... Kalau dihitung masa, dah lebih 24 jam tak makan atau minum. Mmg lapaq teramat sgt. Nasib baik ptg tadi untie yg hidangkan makanan ada bg biskut, tart & milo. Dpt jugak alas perut sblm sambung tidoq semula.

... Pagi ni dah blh mkn Ada sandwich & oat. Lepas tu doktor mai ke bilik. Then, doktor benarkan plaster kat luka surgery dibuka. Tiub yg dipasang kat situ jugak boleh ditanggalkan. Lega rasa sbb mmg tak selesa bila ada tiub tu kat leher.



... Pagi tu jugak pi jumpak doktor kat bilik rawatan. Doktor kat hari ni dah blh keluar hospital
... For the 1st time selepas bertahun-tahun lamanya, lunch hari ni terpaksa makan moi @ bubur nasik. Memang takdak selera nak makan kanji ni tapi terpaksa la sbb tekak dok sakit lagi.

... After that, cuma tunggu saja sampai ke ptg. Masih blm blh discharge. Bosan dok menunggu camni. Then, tunggu punya tunggu punya tungguuu... at last pukul 6pm baru blh keluar wad. Hmmm... lega rasa.


Wednesday, 27 Februari 2008...
... Follow-up appointment dgn doktor. Tapi, jahitan surgery masih belum blh dibuka lagi. Doktor bagi another 4 days leave.


Wednesday, 05 Mac 2008...
... Another follow-up appointment. Doktor benarkan jahitan dibuka. Tapi, selepas ni perlu terus sapukan krim pada luka surgery tu. Lihat la sendiri gambaq kat bawah tu.



Quote:
08Mei08: Alhamdulillah, dah hampir 3 bulan since pembedahan tu. Sekarang ni saya dah ok. Cuma, parut jahitan tu saja yg masih kekal... mungkin seumur hidup kot.
> Kpd semua rakan2 yg wish utk saya ... terima kasih byk2 ye. Semoga Allah merahmati kamu semua.
> ~fizal~ ... sorry sbb tak bgtau kat kwn2 kita pasal ni. hang pun kenai aku ni camna kan... biaq aku yg susah sorang diri, asalkan tak menyusahkan org lain.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.