Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 11-Mar-2008 01:15
Pilihanraya 8 Mac 2008
Pada 8 Mac lalu telah berlangsung pilihanraya Malaysia ke 12 dan buat pertama kalinya saya turun mengundi untuk menentukan masa depan negara. Buat pertama kalinya juga saya percaya bahawa undi saya akan membawa makna yang besar dan buat pertama kalinya juga saya merasakan saya perlu menyumbangkan bisikan saya dalam membentuk laungan besar yang memekakkan. Jika masih tidak didengari maka malang sungguh lah nasib mereka. Jasa mereka dan yang terdahulu daripada mereka akan sentiasa di kenang tetapi nasib generasi akan datang jangan pula teraniaya dek angkara saya yang tertambat hati. Jadi saya tekadkan hati berpaut kepada harapan baru untuk negara. Merealisasikannya pula ialah tanggungjawab kita semua tidak kira apa ugama kita, bangsa kita, pegangan politik dan ideologi, sekarang ialah masanya untuk kita menyusun langkah sama rentak sama lurus untuk memperkasakan negara, rumah tempat tinggal kita agar dapat di pusakakan kepada anak-anak dalam keadaan lebih cantik, lebih kukuh, lebih membahagiakan.
Kepada yang menang, tahniah dan inilah masa untuk bekerja keras menunaikan janji. Kepada yang kalah, berikan sokongan untuk yang benar dan tegurlah apa yang salah.

Sekian, saya melaporkan untuk rakyat.

#1: Ni tempat saya mengundi. Sek Agama Al Ehsan di Kg Selamat, Kuantan.




#2 : Ni gambar calon PKR di situ. Fuziah. Sekarang dah kira YB. Sempat juga saya dan P5 pau lencana PKR dari dia.






© Pidgin Technologies Ltd. 2008.