Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 8-Mar-2008 10:46
Apakah ramalan pilihanraya kali ini?
Quote:
Lirik Lagu Marilah Mengundi


Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan
Pada negara


Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan
Pada negara


Hari undi akan tiba
Kekalkan demokrasi
Gunakan hak kita yang asasi

Fikir terlebih dulu
Dengan akal bestari
Sebelum membuang undi
Yang dihargai


Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan
Pada negara


Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan
Pada negara

Jangan lupa kad pengenalan
Serta nombor daftar undi
Masa tidak kerugian
Membuang mengundi


Bila memangkah kertas undi
Harus kita berhati-hati
Kalau salah tak berganti
Sesal sendiri


Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan
Pada negara


Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan
Pada negara




Salam,

Kali ini aku dapat merasakan kehangatan pilihanraya. Walaupun ni kali ke 2 aku mengundi, tapi kali ini adalah berbeza dengan tahun 2004 yang lalu.

Jika diimbau, tahun 2004 memudahkan Barisan Nasional (BN) menang mendapatkan undian majoriti 2/3 beberapa bulan sebelum pilihanraya ke 11, Tun Dr. Mahathir memberi laluan kepada Pak Lah.

Kali ini, pilihanraya ke 12 menyaksikan beberapa isu menarik perhatian. Antaranya adalah isu kenaikan harga minyak yang akan digunakan untuk memancing undi. Idea manifesto untuk menurunkan kenaikan harga barangan terutama minyak sedikit sebanyak mungkin boleh menarik perhatian masyarakat memilih parti pembangkang.

Pembebasan Dr. Anwar Ibrahim memberikan satu aura dan kekuatan kepada parti politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk lebih agresif memberikan keyakinan agar rakyat memilih parti PKR bagi membela nasib mereka.



Antara yang menarik perhatian aku adalah keghairahan BN untuk merampas negeri Kelantan. Beberapa manifesto yang istimewa diwawarkan untuk membuka mata rakyat Kelantan untuk memilih pembangunan di bawah pemerintahan BN.

Tetapi, kadang-kala aku terfikir dan sesekali berfikir kenapa begitu sukar BN dapat menawan hati rakyat Kelantan.

Kini, rakyat telah membuat pilihan melalui pilihanraya yang telah pun diadakan pada hari ini. Jam 7.30 malam kita akan dapat mengetahui beberapa keputusan yang sebenar sama ada BN akan menang besar atau sebaliknya.

Rakyat mungkin akan memilih BN memandangkan arus pembangunan yang telah dilakukan oleh BN dan prestasi kedudukan ekonomi negara serta dapat menarik pelabur asing di Malaysia.

Cuma rakyat telah membuat keputusan dan keputusan rakyat akan memberikan 1001 sebab kenapa mereka tidak memilih manamana parti yang kalah. Moga kemenangan yang dimenangi oleh mana-mana calon, akan menjanjikan apa yang dijanjikan kepada rakyat nanti.

Sekiranya rakyat memilih parti pembangkang untuk memerintah Malaysia, besar kemungkinan akan berlaku satu perubahan besar dan persepsi berbeza untuk pelabur melabur di Malaysia.

Bukan itu sahaja, kemungkinan akan berlaku beberapa rombakan pengurusan yang besar yang mungkin memberikan impak kepada rakyat khasnya.

Manakala jika rakyat tetap memilih BN, BN mungkin dapat meneruskan beberapa teras pembangunan untuk rakyat.




Apa yang utama, keharmonian, kerohanian yang selari dengan negara Islam, keamanan dan kemajuan dapat dirasai oleh rakyat Malaysia. Pastikan kemenangan ini tidak menggadaikan hak istimewa orang Melayu di Malaysia kelak.

Cuma aku dahagakan arus pembangunan agar generasi akan datang dapat merasai kemajuan negara oleh pemimpin terdahulu.

Wan Fikri

Dengarkan lagu Mari Mengundi di sini... http://www.youtube.com/watch?v=tgNEh3XsXgI

My.website : http://www.idd.host.sk
My.contact : 017-6141292

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.