Ybhg Tun Dr. Mahathir - bekas Perdana Menteri Malaysia
salam . hahaha
demam pilihan raya semakin kuat dapat dirasai..sana sini calon pilihan raya kuat berkempen bagi memastikan keyakinan dan kepercayaan para pengundi kepada calon-calon yg bertanding selain merancang pelbagai strategi. Yang paling ketara kita lihat ialah ceramah umum atau rapat umum. Pada 3 Mac bertempat di Dewan MBSA seksyen 11 Shah Alam, Saya berkesempatan merakamkan bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir sewaktu beliau melawat jentera Barisan Nasional Shah Alam. Notis yg sy terima kurang dari 2 jam, lantas saya redahi hujan lebat dgn hanya motosikal ex5.
Tun serta Isteri Ybhg Tun Dr Siti Hasmah telah tiba pada jam lebih kurang 5.30 lebih kot..3 calon utk Barisan nasional Shah Alam iaitu Dato Aziz Shamsudin (Parlimen Shah Alam), Dato Salaman Salamat (Ketua Bahagian Shah Alam) dan Dato Nawawi (Dun Kota Anggerik) menyambut kedatangan beliau bersama isteri dengan sorokan HIDUP MAHATHIR ! HIDUP MAHATHIR ! ..serta nyanyian barisan Kita. ..(perghh semangat geng). Dlm ucapan beliau telah memberitahu kepada semua agar perlu nya para pengundi terutamanya ahli2 UMNO menentukan kejayaan parti. calon yg telah dipilih perlu berkhidmat kepada masyarakat sehabis baik..Bila tiba masa, perlu berundur dan beri kepada org baru ..
Pada saya, Tun dr. Mahathir seorg pemimpin yang sangat berkaliber, determination, firm, focus and positive. dan yg paling bagus apabila beliau melaksanakan apa yg disebut "kepimpinan melalui teladan" . 22 tahun beliau berusaha mendidik dan menyedarkan org melayu, harap harap org melayu sedar jgn sampai tergadai negara..Beliau sgt sayangkan parti, bangsa serta negara ...