| Monday, 3-Mar-2008 08:10 |
|
More Pikcass of Visit to Niah Cave....
|
|
HoLa..b4 u guys njoy d pixs, ada intro sket bout d cave
Gua Niah merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah menduduki kawasan seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.
Ini adalah kerana di Gua Niah telah dijumpai fossil manusia yang berusia 40,000 ribu tahun dahulu sekali gus menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara. Selain itu jumpaan perkakasan manusia purba ini telah menjadikan Gua Niah sebagai tapak kaji purba terpenting di dunia.
Pada tahun 1958, satu cari gali yang diketuai oleh Tom Harrison telah membongkar satu tengkorak manusia disebelah barat pintu utama Gua Niah, yang dianggarkan berusia 40,000 tahun. Ia merupakan tengkorak manusia moden (Homo sapiens) yang terawal di Asia Tenggara. Tengkorak itu ditemui di aras dimana perkakasan batu telah dijumpai sebelumnya bersama arang yang memberikan tarikh radiokarbon sekitar 40,000 tahun dahulu. Ini merupakan bukti terawal pendudukan manusia di Borneo.
Selain bukti kehadiran manusia zaman Palaeolithic pada tempoh Pleistocene Akhir, para cari gali turut menjumpai bukti pendudukan pada awal tempoh Holocene oleh Mesolithic foragers, dan kemudiannya tapak pengkebumian oleh penduduk yang menghasilkan barangan tembikar sekitar 4,000 tahun dahulu.
Kesemua kesan pendudukan manusia dikawasan tersebut seperti perkakasan batu, alatan memasak dan hiasan yang diperbuat daripada tulang, selut, atau batu telah membuktikan bahawa Gua Niah telah lama didiami sehingga era palaeolithic (awal Zaman Batu). Era Pleistocene berakhir dengan bermulanya era Holocene sekitar 10,000 dahulu....
and that day, we only managed to reach setengah perjalanan (or dah 3/4?) coz we were out of time.. kitaorg tak sempat nak teruskan our journey to Painted Cave, where all the historic-after life painting on cave's wall is...myb next trip to miri boleh pegi lagi..+ ke mulu pulak!!
smile!!! pn khor, saleha, pn aimi,mr tan, fazri,en aripin and en ak nan...just b4 we left n hop onto d sampan..
hehehe...
and it still rains..
locals selling souvineer...
and we continue walking+climbing..hehe..(penatsss aredi)
en ak nan and en aripin...amazed wit what they saw..
arrive at 1st entrance..
just b4 d main west cave entrance - tempat yg peninggalan team yg buat keje2
carigali (mcm minyak pulak) bhn2 bersejarah...
rupanye ni rumah yg Tom Harrison and wife and his team tinggal bout 50 yrs ago...
fuhh...
and this part ...we all tak sempat sampai ke Painted Cave...skettt je lagik hehee..
next time lah!!
|