Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


tak abis-abis gambar diorang berdua nih...
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
tak abis abis gambar



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 29-Feb-2008 06:26
Melancong + Balik Kampuang..... (Provinsi Sumatra Barat) - TAMAT
Tak Jadi

Selepas tu, kitaorang meneruskan perjalanan kononnya nak tengok pemandangan tasik, tetapi malangnya semasa didalam perjalanan tetiba hujan pula. Kitaorang berada dikawasan pedalaman, di mana kiri-kanan banyak sawah padi yang bertingkat-tingkat.

Kitaorang berhenti di satu tempat, masa ni kepala otak aku dah beku so aku tak ingat nama tempatnya, mana taknya, punyalah sejuk, mulut aku pun terketar-ketar. Lalu, cousin aku si Fendi meminjamkan jaketnya hehehe.....tapi masa kat dalam kedai tu aku nampak ada jual pashmina, terus aku beli. Punyalah besar pashmina tu, macam gebar la pulak, maklumlah aku tak pernah membelek pashmina ni sebelum ni, so jakunlah kejap.

Lepas tu, kitaorang menuju semula ke Bukittinggi untuk makan tengah hari Restoran Sederhana. Lepas makan, kitaorang menuju pula ke Pasar Atas untuk mencari money changer. Semasa kat sini, kitaorang bergambar dengan bendi-sejenis kereta kuda. Dulu, aku dah pernah naik so tak heranlah, cuma kesian kat hubby dengan anak-anak aku je yang tak sempat naik. Lepas tu, kitaorang bergambar di depan Jam Gadang. Gadang tu maksudnya besar.



PANDAI SIKEK

Seterusnya, kitaorang menuju ke Pandai Sikek. Pandai Sikek ni nama tempat. Maksud sikek tu tenun, so pandai menenun la kot. Tapi, memang kat sini terkenal dengan tenun-menenunnya, selain seni ukiran kayu.



Seterusnya..........bateri digicam aku 'kong'...hahahaha . Kitaorang singgah kat kedai kain lagi, lepas tu terus menuju ke Padang. Check in di Hotel Rocky, kat tengah bandar tu...depan hotel je ada kedai kain.....besh-besh. Malam tu, lepas makan, terus meronda kat kedai kain...hehehe .

NAK BALIK DAAA....

Esok paginya, lepas breakfast, terus menuju ke airport. Kat airport mama aku sempat lagi shopping kacuk-kacuk pulak. Aku tak sempat beli kacuk-kacuk aku coz tak tahu nak letak mana, beg penuh. Next time je la...



Yesss....tamat sudah kisahku di Bukittinggi. Lepas ni kita tumpu ke Pilihanraya la pulak....marilah mari.....kita mengundi......jangan lupa kewajipan pada negara...lalalalala..........

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.