Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Ashraf & adikku

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Ashraf adikku



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 24-Feb-2008 13:40
Melancong + Balik Kampuang..... (Provinsi Sumatra Barat) - V
The next day...

Pagi-pagi lagi aku dah bangun, dalam pukul 5.30 am. Mengemas beg, baju bebudak ni dan etc.. Pukul 7.00 am, kitaorang turun untuk breakfast. memang best makanan breakfastnya, sedap. Untuk 1st round, aku makan mee goreng, nasi goreng dan french toast. Untuk 2nd round, aku makan bubur dengan kuah soto, hehehe nasi himpit untuk soto dah habis, aku bantai makan dengan bubur je hehehe.


CHECK-OUT HOTEL

Selepas breakfast, kitaorang naik bilik semula. Masa ni, aku sebok menepek mekap coz masa makan breakfast tadi aku cuma sempat tepek sunblock dan lip gloss je hehehe... . Lepas tu, kitaorang bawa beg terus checkout dari hotel.



TAMAN PANORAMA & LOBANG JEPANG

Dari hotel, kitaorang dibawa ke Taman Panorama & Lobang Jepang. Dinamakan taman panorama sebab pemandangan dia yang cantik, tapi aku ni bukan reti ambil gambar pemandangan pun.
Pintu masuk -


Bergambar beramai-ramai. Aku lupa nama gunung kat belakang tu. Ada 3 gunung disekitar Bukittinggi ni, dan salah satu gunung tersebut meletup pada tahun 1978.


Didepan pintu masuk Lobang Jepang. Kalau nak masuk, mesti dengan 'pemandu'nya, kalau tidak mahu sesat barat. Upah untuk 'pemandu'nya 20,000 rupiah. Nampak 'pemandu'nya macam pekerja kontrak kat negara kita je kan hehehe...tapi dasat wooo...penerangan yang diberi. Oleh itu, don't judge a book by its cover.


Quote:
Semasa didalam terowong, kitaorang dibawa sejauh 400m sahaja, kalau nak masuk satu-satu terowong memang berkilometerlah. Sambil berjalan didalam tu, 'pemandu' kitaorang tak berhenti-henti bercerita.....fuh banyak info, sendat kepala otak aku hehehe..... Katanya, terdapat 2-3 lobang jepang (kubu jepun) disekitar Bukittinggi ni. Tapi, cuma yang ni sahaja yang dibangun dan dibuka untuk pelancong. Katanya lagi, selepas Jepun tinggalkan tempat diorang, lobang jepang tersebut tidak pernah dimasuki oleh sesiapa selama lebih kurang 40 tahun (tak silap akula). Dalam tahun 1980-an la, baru ada pihak yang masuk kedalam, tetapi banyak dokumen, perabot dan lain-lain yang dah rosak.

Selain tu, yang menariknya, dinding lobang jepang - setiap 1 meter dibuat lekuk, fungsi lekuk tersebut untuk mengelak berlakunya gema(echo). Terer betul orang Jepun dulu-dulu kan hehehe...dan 1 meter lebar dinding mewakli seorang pekerja untuk disiapkan dalam satu hari. Kalau orang tersebut tidak dapat siapkan bahagian dia 1 meter dalam 1 hari, alamat kena hukumanlah.

Terdapat banyak bilik dalam lobang jepang ni, antaranya bilik dapur, dibelakang bilik dapur tu, ada lubang untuk diorang buang mayat. Campak je mayat, terus masuk dalam sungai. Kat atasnya pula, ada tempat mengintai musuh. Kalau ada orang tempatan lalu pun diorang tangkap, sesiapa yang dibawa masuk, memang takkan dapat keluar.....huh! macam citer wayang plak kan....

Hmm..entahlah, bila tengok dalam lobang jepang ni, rasa macam kejamnya orang Jepun ni kan.... Sesiapa yang minat dengan sejarah, mungkin tempat ni sesuai dengan anda hehehe...



© Pidgin Technologies Ltd. 2008.