Akhirnya hero ke-2 yang dinanti-nantikan telah kunjung tiba. Pengalaman bersalin kali ini memang cukup berbeza berbanding yang terdahulu... Alhamdulillah... semuanya berlalu dengan pantas... barulah aku percaya ada sesetengah orang tu kata 'senang bersalin'. Alhamdulillah, dipermudahkanNya...mungkin sebab malam sebelumnya, penat melayan tetamu yang datang berkunjung... ataupun mungkin kerana pengalaman yang pertama menjadikan aku lebih bersedia utk menghadapi kelahiran kedua dengan lebih baik... walau bagaimanapun, terima kasih banyak2 di atas doa kawan-kawan dan saudara-mara semua...
Nama : Muhammad Faeq bin Mohd Fairol
Berat : 3.1 kg (jenuh ibu berdiet utk mengurangkan berat baby dari 3.7kg -abgnya)
Tarikh: 10 Feb 2008
Waktu: 7.22 pagi
Tempat: Azzahrah Bangi (doktor: Fazlina - recommended!)
Semoga Faeq dan Farihin menjadi anak2 yang soleh...
Faeq at 2-weeks-old
Farihin at 3-weeks-old (mcm sama je muka dorang ek...)
Abg Long yang semakin ligat! tengah berjoget sambil tgk tom-tom-bak