Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Costume

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Costume
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 23-Feb-2008 14:00
Lamanya tak UPDATE!!!
FUH.. .. lama betui tak update fotopages aku ni.. tup2 dah nak masuk bulan 3. balik lagi aku bln 3.. ada agenda negara.. hehe..
sejak dari awal febuari sampai hari ni, hujan memang tak putus2.. ombak kuat.. bagi guru yang berkhidmat di pulau @ tpt yang perlu menaiki bot untuk sampai, terpaksa berkampung dalam tu lah.. tanpa bekalan air dan makanan yang mencukupi.. kalaupun cikgu2 pendalaman ni ada yang tanam sayur untuk bekalan makanan jangka panjang pun, terpaksa lah mencatu makanan sebab tak boleh keluar ke tanah besar untuk mendapatkan bekalan makanan. alhamdulillah, tempat aku tak lah susah sangat nak dapat makanan. apa pun, aku pernah alami jugak satu ketika bekalan makanan hampir habis, nak kluaq cari makan pun, ombak kuat, jalan darat putus.. bulan ni, ramai budak yang tak datang skolah sbb kurang sihat.. paling banyak kena sakit mata. biasa lah, tak kena cahaya matahari.. boleh menyebabkan wabak. basuh baju pun, lambat nak kering..
aku nak ambik gambar pun, tak sempat lah.. ada jugak lah benda yang aku shot.. tapi tak sempat nak proses lah.. minggu ni, alhamdulillah.. matahari mula menampakkan diri.. rasa syukur sangat kepada Allah.. baru terasa nikmatnya. kalau panas berpanjangan, air tangki untuk bekalan minum, membasuh pun berkurangan..
aku update jugaklah kali ni.. guna foto yang dah agak lama... aku terperap dalam tempat aku mengajar tu 2 minggu saja pun, dah macam sakit jiwa jadinya.. entah lah, antara tekanan yang aku rasa, tak dapat nak berbahasa dalam bahasa ibunda sendiri.. kalau yang dok pulau2.. 2-3 bulan tak kluaq.. macammana lah rasanya... hanya AL-QURAN sebagai penawar jiwa ...
dah sampai tempoh 'matang' aku kat pendalaman sabah ni.. cuba lah nak apply kluaq. lagipun isteri kesayangan dah berbadan dua.. kena lah balik dan jalani hidup sebagai suami yang sepatutnya..
aku kena siapkan beberapa dokumentasi skolah... aku sorang ja buat kerja nih.. head count pun aku jugak, data school pun aku, buku teks pun aku, guru klas pun aku.. mengajar ni penat jugak.. ada jugak orang pernah cakap "guru nih, kerja senang, masuk klas, tulis kat papan hitam sikit, suruh budak baca, salin, buat latihan"... tapi, letih sebenarnya.. bukan setakat masuk klas saja.. kerja lain yang 'mengganggu' tugas guru. masuk klas pun letih.. sorang ayah pun pening kepala nak jaga sorang anak yang nakal. aku plak jaga 40 orang budak macam2 feel dalam satu klas. tak buleh ikut hati- nanti mati aku!!.. kena ajar cara berhikmah. ORANG YANG PALING KUAT ADALAH ORANG YANG BOLEH MENGAWAL MARAHNYA. guru, tugasnya mendidik 'aset' negara.. berat tu... apapun, aku cuba sedaya yang mampu... besar cabaran aku... besar lagi tanggungjawab aku...


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.