Terima kasih kepada tuan empunya resipi iaitu Che De Sam.. dan resipi ini saya copy dari fp Che De.
MEE KARI
(Sumber Che De Sam Fp)
Bahan-bahan:
500 gm mi kuning dicelur - kita guna spaghetti je
300 gm taugeh - dibuang ekor dan dicelur
1 kg kerang(direbus dan ambil isinya)- kita letak mussel je
2 keping tauhu (digoreng & dihiris)
4 biji telur (direbus dan belah 2)
4 tangkai daun bawang (dihiris)
3 biji limau nipis (dibelah 4)
3 biji cili merah (dihiris nipis)
sayur sawi (celur) - kita tambah nie
kicap cili:
2 camB kicap cair
1/2 camt gula
1/2 camt cuka
sedikit air
Campurkan semua bahan diatas.
Bahan Kuah:
3 camB minyak
Bahan Penumis:
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
daun kari
Bahan Blend:
1 labu bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia- kita tambah nie
4 camB serbuk kari - kita tambahkan lagi serbuk kari
1 camB serbuk cili - kedua2 serbuk dicampur sedikit air jadi pes
400gm ayam
1.5 L - 2 L santan
1 keping asam gelugur
2 keping kek ikan (dihiris nipis)
10 biji bebola taufupok (jika suka)
150 gm bebola ikan (dibelah 2)
kita tambah udang kecil yg tlh dikupas kulit
garam dan gula secukupnya
Cara:
1. Panaskan minyak, masukkan bahan penumis dan biarkan selama 1 minit.
2. Masukkan daun kari dan bahan blend.Kacau sampai wangi.
3. Masukkan pes rempah dangaul hingga naik minyak.
4. Masukkan daging dan kacau lagi hingga kering airnya atau kacau sehingga terbit minyak semula.
5. Masukkan santan, asam gelugur dan garam.
6. Kacau sekali sekala hingga mendidih barulah diperlahankan api dan renihkan hingga terbit minyaknya dan daging lembut.
7. Masukkan pula fishcake, fishball dan taupok.
8. Tambah garam dan gula ikut rasa.
9. Bila mendidih sekali lagi, bolehlah diangkat.
10. Sajikan mee dengan bahan sampingan dengan kuah kari.
Ini satu lagi projek apam..ingatkan tak mahu buat apam lagi dah.. tetapi tergoda dengan fp kawan-kawan maka jadilah apam yang tak cantik rupanya ini, iaitu apam coklat hehe.. rasa apam ini sama juga dengan apam yang kita buat sebelum ini..lembut dan gebu sekali..
1. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.
2. Masukkan susu segar, gaul sebati
3. Masukkan tepung dan sebuk coco, sebatikan
4. Masukan dalam acuan dan kukus selama 15 minit.