Pada 12 – 13 Februari 2008, Sari Photography telah diberi peluang untuk merakam gambar Pertandingan Bola Jaring Ketua Polis Pahang yang berlangsung di Padang Majlis Daerah Pekan. Pertandingan berlangsung dalam suasana yang penuh dengan semangat kesukanan. Pertandingan ini, telah dimenangi oleh Pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin, dan dinobatkan sebagai Johan sementara Naib Johan ialah Pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Maran. Upacara penutup dan penyampaian hadiah telah diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Polis Pahang YDH Datuk Robiah Kepada Ketua Polis Daerah Pekan dan AJK pertandingan diucapkan syabas..., kerana pertandingan ini telah berlangsung dengan jayanya.