Hujung minggu lepas berkesempatan untuk ‘outing’ bersama 2 orang rakan (Ila dan Liena) di Mid Valley Megamall. Tujuan utama perjumpaan kali ini atas alasan kebosanan yang melanda dan juga disebabkan ingin berjumpa dengan Liena yang hampir 10 tahun tidak berjumpa (kali terakhir aku berjumpa dengan Liena semasa kami sama2 menjalani matrikulasi di Kolej Mara Seremban) dan juga untuk MAKAN (asik makan je..i’ve put on weight..padan muka..huhu). Ila datang bersama dengan anaknya yang ‘hensem’, Zahirul. Satu jam kemudian barula Liena memunculkan diri. Kalau ada jejak kasih ni, harus ada adegan peluk memeluk dan ‘muah memuah’ (hancus ayat aku). Untuk ‘lunch’, pada mulanya kami hendak makan di Chillis tetapi disebabkan ‘full house’, kami beralih arah ke Madam’s Kwan. Sampai di depan restoran kami lihat tempat agak penuh jadi dengan hati yang separuh rela, kami bergerak ke restoran yang terletak bersebelahan dengan Madam’s Kwan, Piccolo Mondo (tapi tak salah pun untuk cuba makan di tempat baru kan).
Piccolo Mondo Ristorante merupakan sebuah restoran makanan Itali yang terletak di tingkat 1, Mid Valley Megamall. Ini merupakan kali pertama bagi kami bertiga masuk dan makan di sana. Pada pandangan aku, secara ikhlasnya dekorasi restoran agak kurang menarik. Mungkin disebabkan suasananya yang suram. Tambahan pula dengan lampu yang tak berapa nak terang (tapi lain orang, lain pandangannya..mungkin sebab aku preferred tempat yang banyak lampu dan happening). Servisnya pula boleh tahan disebabkan pramusaji yang murah dengan senyuman dan baik hati. Disebabkan aku tengah gila steak, jadi sekali lagi aku telah memesan Steak Tenderloin, Ila dengan Aragosta e Asparagi, manakala Liena pula dengan Spaghetti al Cartoccio.
'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Steak Tenderloin – RM 48.00
Aku suka dengan steak yang dihidangkan di restoran ini. Selain daripada ‘presentation’ yang menarik, rasanya juga sedap Cuma sosnya agak pedas (mungkin chef tertumpah black pepper..haha). Sudahnya malam tu aku susah nak tidur dek kepanasan satu badan yang melampau.
'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Aragosta e Asparagi – RM 35.00
Hirisan lobster yang dimasak bersama asparagus. Aku kurang suka dengan rasanya. Mungkin lidah aku yang tak boleh nak terima.
'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Spaghetti al Cartoccio – Rm 30.00
(Chef Recommendation)
Spaghetti yang dimasak bersama sos tomato. Penuh dengan segala jenis seafood (udang, sotong, kepah). Dari segi rasa, boleh tahan.
Sempat bergambar dengan baby Zahirul di Secret Recipe. Sayang Zahirul sebab Zahirul suka dengan Auntie Ojie. Asyik nak pandang Auntie Ojie je then senyum dan gelak2. So cute :-D