Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


fulus maniam?
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
fulus maniam?
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 13-Feb-2008 12:00
Ujian Allah
Hidup ini satu ujian...

Ramai yang menyebut penyataan di atas.. Mungkin yang menyebutnya pernah merasai apa itu ujian..

Dan ujian Allah akan datang dalam beberapa bentuk, samada kita sadar atau tidak..samada kita mahu atau tidak...

Orang yang belajar agama, akan faham bila disebut ayat

" apakah kamu merasa kamu cukup beriman, sedangkan kamu belum diuji? "

Ramai orang merasakan diri mereka hebat dan canggih serta melebihi orang lain kerana kelebihan harta, ilmu, paras rupa, anak pinak serta bermacam anugerah yang lain.. Tapi sedarkan mereka bahawa mereka itu sedang diuji.

Firaun diuji, Namrud diuji, Qorun diuji..
Nabi2 pun diuji sperti Nabi Ayub, Nabi Yunus, Nabi Sulaiman, Nabi Ibrahim dan lain2 lagi.
Maka, adakah kita ni boleh lepas diri dengan mengatakan bahawa aku ni tak diuji?
Dan bodoh sombong pulak bila ada yang menjawab " lantak aku la nak lulus ke nak fail ke dalam ujian aku! Sebok!"

Bagi mereka yang telah kawin, anak dan isteri sudah dijanjikan Allah sebagai ujian dan cobaan bagi si suami.. Bermula la cabaran untuk mendidik dan membentuk keluarga supaya lulus ujian yang Allah beri itu. Kebanyakan suami tidak sedar perkara ini, sebaliknya hanya berbini sekadar tuntutan dan memperolehi anak supaya tidak dianggap mandui.



Bagaimana lagi ujian2 lain? Seperti yang terpampang di atas, ujian yang semua orang tidak lepas darinya ialah WANG/FULUS/pitihs. Ia menjadi satu keperluan, tak kisahla kaler apa pun, merah ke, hijau ke, ungu ke.. atau muka siapa yang terpampang kat situ, muka Agong ke, muka pahlawan pegang parang ke atau muka benjamin franklin speaking london..hehe..

Yang pasti, semua orang berkompaskan ke arah situ dalam hidup sehari2. Bangun pagi sampai ke tutup mata.. Semua akan melibatkan dan menjuruskan duit. Di situ la ujian Allah. Bagaimana kita mendapatkan keperluan itu dan bagaimana kita membelanjakannya. Apakah dengan cara halal atau dengan cara haram. Ataupun dengan cara yang kita sendiri tak tau / tak boleh nak istilah haram ke tidak.

Berat sungguh ujian wang dan harta ni. Ia menipu dalam keadaan kita tak sedar ditipu..dalam keadaan kita membenarkan segala perbuatan kita demi wang..

Nak mati pun perlu wang. Itu betul kalau orang yakin pada kuasa wang semata-mata. Sedangkan kuasa Allah itu tak terbatas..Jika betul penggantungan kita padaNya, entah dihantar sesiapa utk menguruskan mayat atau menggali kubur. Pernah ada dalam satu kisah di mana orang yang beramal soleh tapi tidak berduit utk digalikan kuburnya mendapat lubang kubur percuma apabila orang yang sepatutnya ditanam di situ, ditanam di tempat lain. So, free of charge. Atas yakin atau tidak sahaja.

Selain dari wang, banyak lagi ujian lain yang Allah bagi pada kita sebab sayang pada kita. Allah nak kita semua tak hanyut dan leka sehingga terbabas ke neraka. Allah nak kita sentiasa dekat padaNya.

Mungkin ujian tu datang sbagai kelebihan suara..kelebihan mentadbir..kelebihan merawat orang..kelebihan petah berkata2..kelebihan memasak..kelebihan menulis mahupun kelebihan makan banyak

Pendek kata, jika kita sedar bahawa kita diuji, mungkin kita akan lebih berhati2 dalam tindak tanduk kita.. Jika Allah nak balas atau ujian yang lebih besar, sampai kita terduduk, maybe sekelip mata sahaja kita akan kena.. Mungkin ada yang sudah tegar terhadap ujian atau kifarah/balasan yang kecil2 ni, tetapi jangan kita lupa bahawa kita masih ada benda/perkara/orang yang kita sayang yang Allah boleh tarik sekelip mata sahaja sehinggakan kita berharap masa itu hanyalah mimpi.


* tak lama lagi, nak menjelang 8 Mac, akan datang juga ujian kepada sesetengah (ramai) orang dalam bentuk duit... Amik ke tak?

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.