Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Dalam restoran, banyak kotak derma

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Dalam restoran banyak



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 14-Feb-2008 14:50
Melancong + Balik Kampuang..... (Provinsi Sumatra Barat) - IV
MAKAN TENGAH HARI DI RESTORAN PAK DATUK

Akhirnya waktu yang ditunggu telah pun tiba, iaitu makan tengah hari . Kitaorang dibawa ke Restoran Pak Datuk. Makanan di Bukittinggi tak menjadi masalah coz lebih kurang sama macam mama aku masak cuma ada jugala lauk yang mama aku tak buat. Masa kat restoran ni, lauk yang aku cari mestilah "jangek" (betul ke eja, aku tahu makan je hehehe). Kalau kat Malaysia, kena pergi Kg Baru, kalau nak makan "jangek" ni. Selain tu, lauk daging dendeng dia pun besh, ori punya hehehe, kat Kg Baru pun tak sesedap macam ni. Lagi satu, sambal balado dia la....fuh! power, walaupun cili hijau je. Masakan lain-lain, macam kalio ayam, pastu yang lain-lain aku tak tahu nama, tahu makan je hehehe .



BARA CHIEK?

Selepas makan, kitaorang dibawa ke butik kain hehehe. Memang besh, tapi yang kelakarnya, aku boleh nak pitam masa kat kedai kain ni . Maklumlah, aku ni memang senang pitam, kira kat sekolah dulu, kalau waktu perhimpunan tu, biasalah aku je yang selalu pitam hehehe... Disebabkan rasa nak pitam, aku macam takde mood nak pilih kain, banyak duduk je. Yang peliknya, walaupun dah duduk, aku still rasa nak pitam, dah minum air kosong pun, masih rasa nak pitam. Akhirnya budak kat butik tu bancuhkan teh untuk aku. Air teh yang dia buat manis gila, tapi lepas minum baru aku lega, rupa-rupanya aku kurang gula dalam badan, tu pasal la nak pitam. Lepas tu barulah segar sikit nak memilih kain hehehe...



Quote:
Bara chiek? hehehe... Bara tu maksudnya berapa. Chiek tu satu. So, bara chiek, maksudnya berapa satu? Ni jelah yang aku tahu hahaha...


CHECK-IN HOTEL

Kitaorang check-in di Hotel Hills (atau sebelum ni Hotel Novotel). Hotel ni betul-betul terletak dibandar Bukittinggi, dan betul-betul dekat dengan Pasar Atas, Jam Gadang dan Shopping Complex Ramayana.



Quote:
Lihat bendera depan hotel ni, separuh tiang je. Masih berkabung dengan kematian Suharto.


ANGKUT & AUR KUNING

Selepas masuk bilik hotel, kitaorang pun rehat. Anak-anak aku terus tidur, penat gamaknya. Petangnya, aku keluar dengan hubby aku, manakala mama aku jaga anak-anak aku coz diorang masih tidur lagi. Aku dan hubby aku ikut Makcupek aku gi Aur Kuning. Kitaorang pergi berenam bersama-sama dengan Fendi, Mak Yong dan Makcik Arti (dari Bandung) naik Angkut..hehehe lawak betul. Masa kitaorang sampai di Aur Kuning, banyak kedai dah tutup. Kitaorang datang sini coz Makcupek aku nak belikan telekung untuk bakal menantu dia.



PASAR ATAS

Lepas beli telekung, kitaorang balik ke hotel, tapi aku dan hubby tak masuk hotel terus, kitaorang pergi Pasar Atas yang terletak berdekatan dengan hotel kitaorang. Kedai kat dalam Pasar Atas pun banyak yang dah tutup, maklumlah dah lewat petang. Aku sempat masuk satu kedai je. Satu kedai pun aku dah rambang mata pilih kain hehehe....Nasib baiklah banyak kedai dah tutup hahaha...



Jom pilih kain....hehehe


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.