Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 16-Feb-2008 14:13
ENTRY YANG LEPAS- LEPAS
Terima kasih banyak banyak kepada kawan-kawan yang tak jemu-jemu singgah kat fp kita..dah hampir seminggu kita tak dapat nak update fp dan singgah ke fp kawan-kawan disebabkan masalah kesihatan yang tidak mengizinkan...dan insyaAllah Yah akan singgah ke fp kawan-kawan selepas ini... .Menu-menu dibawah ini adalah yang lepas-lepas dan baru sekarang nak update.



CHOCOLATE MINT CAKE WITH FUDGE TOPPING
Sumber: Kak Halimah Anang & Blue Key Self Raising Flour

Bahan-bahannya
200 gram tepung naik sendiri
230 gram mentega/ majerin
220 gram gula kastor
230 gram telur
3 gram esen vanilla
30 gram serbuk koko
50 gram susu segar
Beberapa titik pewarna hijau
Beberapa titik esen peppermint

Untuk Honey Chocolate Fudge
150 gram coklat masakan
90 gram fresh cream
30 gram mentega
15 gram madu (2 sudu besar)

Cara-caranya
1. Panaskan oven pada suhu 180’C.
2. Alaskan kertas kuih pada loyang pembakar.
3. Pukul tepung naik sendiri yang telah diayak bersama mentega/majerin sehingga menjadi pes yang sebati.
4. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur dan gula sehingga likat. Masukkan adunan ini dan esen vanilla ke dalam adunan tepung yang telah disediakan tadi dan pukul sehingga ia sebati dan kembang.
5. Bahagikan adunan kepada dua. Satu campurkan dengan serbuk koko dan susu segar, manakala bahagian lagi satu campurkan dengan pewarna hijau dan esen peppermint.
6. Tuang adunan berselang seli kedalam loyang berukuran 8”.
7. Bakar selama 45 – 50 minit.
8. Cara untuk Honey Chocolate Fudge Topping - Campurkan kesemua bahan didalam mangkuk cairkan mengguna teknik double boil. Pukul bahan-bahan selama 5 – 10 minit sehingga fudge menjadi sebati. Fudge yang masih setengah panas boleh anda sapukan diatas dan tepi kek.





PULUT KUNING DAN RENDANG

RENDANG TOK
(sumber Ana Fp)

1 kilo daging dipotong agak besar - 3 cm
santan pekat dari 2 biji kelapa
kerisik...nak wangi dan sedap kena buat sendiri tau...1 biji kelapa untuk kerisik...goreng agak hitam sedikit. Ini akan memberi warna yg cantik pd rendang...tapi jgn hangus tau
gula kabung...kalau tak de boleh guna gula merah jer
garam secukup rasa
asam keping
daun kunyit...kalau suka daun limau purut boleh letak gak..
kalau suka boleh ketuk serai lagi 5 batang

Bahan di mesin
Cili kering agak 15 biji ikut pedas - di goreng dgn minyak dahulu
1 s/b biji jintan manis - di sangrai
1 s/b biji jintan putih - di sangrai
1 s/b lada hitam - di sangrai
2 s/b biji ketumbar - di sangrai
5 batang serai
2 cm lengkuas
5 cm halia
Bawang besar 500 gm
Bawang kecil 500 gm...di hiris halus

Bahan tumis
4 sekawan - kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang

Cara : -
1. Tumiskan 4 sekawan. Masukkan bahan yg dikisar,daging, santan, bawang merah yg dimayang, gula kabung atau gula merah serta garam. kalau nak masukkan serai yg diketuk pun boleh tambah
2. Renihkan secara perlahan-lahan. Bila agak kering masukkan kerisik, asam keping, daun kunyit
3. Hidangkan bersama ketupat palas atau lemang.



Ini hadiah daripada MaDiHa...terima kasih banyak kerana menghadiahkan nice matter Award yang cantik ini buat kita..dan Yah juga ingin berkongsi nice matter Award yang colour pink ini.. kepada semua yang datang melawat fp kita..dan jangan lupa bawa balik site award ini ..dan gantung dirumah fp kawan-kawan semua.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.