| Quote: |
Aliff Aziz - Sayang Sayang
Masaku teringat akan dirimu
Ada sesuatu begitu mengganggu
Diam-diam aku menyukaimu
Bermimpi bila kau jadi milikku
Jauh di dasar hatiku
Inginku ku teriakā¦
Aku cinta kamu!
Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus
Cerita berakhir tak senang
Aku tahu akan sulit bagiku
Mencari-cari pengganti dirimu
Tapi bagi lelaki macam aku
Tak mau berakhir kerna begitu
Jauh di dasar hatiku
Inginku teriak
Aku cinta kamu!
Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku rebut pacar orang
Meski hati tulus
Cerita berakhir tak senang
Tak mungkin, tak mungkin
Aku menyerah hanya kerna tak dapatkan kamu
Meski jauh di dasar hatiku
Ingin ku teriak
Aku cinta kamu!
Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang
Sayang, sayang, sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus
Cerita berakhir tak senang,
Cerita berakhir tak senang |
Salam semua,
Aku baru jer balik dari mengikuti kem Bina Insan Guru (BIG) di Setiawan Perak pada 11-14 Feb 2008.
Sepanjang aku berada di sana, aku mengikuti pelbagai aktiviti yang menarik antaranya mendaki bukit yang tinggi, berkayak, berenang, membina khemah, latihan dalam kumpulan (LDK), sukaneka dan memasak.
Antara aktiviti yang aku tak boleh lupakan adalah aktiviti berenang. Mana taknya, aku dah la tak tahu berenang, disuruh menyelamatkan sebuah kayak... pergh gelabah aku walaupun aku ada memakai pelampung. Tapi sayang aku tak dapat nak tangkap gambar... nanti kamera aku masuk air lak.
Apa-apa pun, selepas aku mengikuti aktiviti ini; aku berasa banyak ilmu yang aku dapat. Antara yang aku sukar lupakan dalam aktiviti berenang dan aktiviti dalam kumpulan. Di samping itu melalui kem ini, aku bertambah semangat untuk mengajar anak-anak kerana aku tahu tanggungjawab seorang guru amat besar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial.
Lihat contoh-contoh gambar yang sempat aku masukkan...
Lagu Sayang-sayang oleh Aliff Aziz ini aku minat. Dengarkan lagu ini di sini...
http://www.youtube.com/watch?v=5f00OUwlqt4
My.website : http://www.idd.host.sk
My.contact : 017-6141292