Bulan Februari baru aje 12 hari berlalu, tapi ada beberapa aktiviti yang tak sempat umi post dalam FP ni. Tak tau la kenapa umi ni, simpan-simpan gambar sampai dah beratus baru sibuk nak update.
Little cousins jalan-jalan @ KLCC
Early this months umi, umi mamat n ucu brought the kids to KLCC for lunch and jalan-jalan. We had late lunch at Chilli’s since umi mamat really really raring to go there to taste the food coz umi told her the foods there are marvelous! After filled our empty stomach until bloated, then umis brought the kids to the play area, and the kids really had fun.
Jalan-jalan @ Port Dickson
Sebelum CNY pulak kami ke PD sebab ikut abah ada meeting kat sana. Saja la nak bawa adik and kakak ambil angin, seronok sangat la anak-anak umi ni dapat mandi swimming pool.
Pengantin baru and families visit KL
CNY pulak sedara mara umi dan sepupu sepapat umi dari nun jauh di selatan, Kota Singa, pulak naik KL jalan-jalan. Since umi tak ada plan nak ke mana-mana boleh la berjalan-jalan dengan depa sekali. So malamnya tu kami pergi menyerang Sate Kajang. Orang punyalah ramai tak terkira, mujurla tempatnya besar ya amat. Jam pun dah pukul 10 lebih tapi orang macam tak kisah pun, makin ramai ada la. Sekali kitorang sampai, 4 meja kena sambung tau. Memang semua excited nak makan sate termasuk la orang KL sebab kitorang pun dah lama tak pekena sate ni. Sekali order ada la dekat 200 cucuk. Fuh..memang laju sume balun macam tak hengat..dekat kol 12 malam baru la sampai rumah. Esok pulak ada plan lain lagi.
Next morning kami plan nak ke Sg. Congkak. Rupa-rupanya ramai pula plan pi mandi sungai cuti-cuti ni ye sebab umi tengok banyak FP picnic kat sungai. Baguslah..sesuai la dengan saranan kerajaan.. ‘Cintailah sungai kita’

plan nak keluar pukul 9 pagi pasal nak terus breakfast tapi pukul 11 lebih baru sampai tempat picnic. Busu and family sume dah berendam dalam air sebab kira nak mandi pagi la tu..

Umi selaku picnic planner lantik diri sendiri la yang sediakan food: mee hoon goreng, nugget, sate semalam panaskan, cucur udang, teh susu dan air ribena. Mujur la ada 2 pembantu yang cekap tolong keja-keja siapkan food ni, kalau tidak pukul 2 ptg pon belum tentu dapat makan
Wan pulak order roti canai belakang rumah yang memang ummph tuh, memang meriah la food..Pagi samapi ke petang tak ada k..erja lain makan..mandi..borak..makan..mandi..borak..Sebabnya lama sangat rasanya tak bercerita panjang macam hari tu..
Dari nenek-nenek sampai la baby tak nak lepaskan peluang merasa air yang sejuk itu..si kecil Ali Redha tuh tengok la..syoknya duduk dalam pelampung abg Naufal..nampak santai btoll tuh..
Ni pulak gambar adik tengah mandi sungai tiba-tiba terus melentok tertidur kat pangku umi. kelako la adik ni. air sungai sejuk-sejuk tu pun dia boleh tertido..sabo je la adik ye
Lepas mandi-manda orang jauh teruskan perjalanan ke Melaka pula ke rumah cousin, Kak Sarina. Sampai jumpa lagi di lain waktu ye...