Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Pelamin Minang
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Pelamin Minang
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 13-Feb-2008 07:04
Melancong + Balik Kampuang..... (Provinsi Sumatra Barat) - III
PUSAT DOKUMENTASI & INFORMASI KEBUDAYAAN MINANGKABAU

Selepas singgah di Lembah Anai, destinasi seterusnya ialah ke Istana Pagar Ruyung, tetapi malangnya Istana Pagar Ruyung telah terbakar hingga rentung pada Februari 2007, iaitu sehari sebelum Bukittinggi dilanda gempa bumi. Maka, perjalanan kitaorang diteruskan ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau di Padang Panjang. Tempat ini boleh juga dianggap seperti muzium.


Seperti yang diberitahu oleh Pak Hendry, bentuk bangunan Pusat tersebut ditiru daripada bangunan Istana Pagar Ruyung, cuma katanya, Istana yang sebenar lebih besar, dan lebih cantik hasil ukirannya.


Ni gambar Ellisa dengan PakSunye (adik aku)

Quote:
Fakta: Minangkabau

~ Perkataan kabau tu berasal daripada perkataan kerbau.
~ Kalau kita perhatikan, bumbung rumah orang Minang berbentuk unik(tajam). Sebenarnya bentuk bumbung tersebut dipengaruhi daripada bentuk tanduk kerbau.


Didalam bangunan Pusat tersebut, dipenuhi dengan gambar-gambar lama. Selain ada gambar-gambar lama, kitaorang juga diberi penerangan oleh staf disitu. Walaupun bangunan tersebut tiada air-cond, tetapi sejuk... maklumlah dinding dan bumbung tak diperbuat daripada simen dan batu (aku lupa la daripada apa) .



Selepas puas melihat gambar-gambar lama, kitaorang pun dibawa ke bahagian bawah bangunan tersebut. Masih terdapat gambar-gambar lama, juga gambar-gambar pakaian Minangkabau. Selain itu, terdapat pelamin Minang dimana kita boleh bergambar disitu dengan berpakaian lengkap Pengantin Minang tetapi aku malaslah nak tukar-tukar baju, lagipun aku pening+sakit perut+lapar+penat hehehehe.



Sebelum blah, bergambar dulu...hehehe .


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.