10hb February, 2008 lewat petang.. Tok Nek telah menghembuskan nafas yang terakhir.. tak ramai yang dapat melihat Tok Nek buat kali terakhir kerana sebelum sempat tiba di Besut.. nenek telah disemadikan.. memang tak elok mayat disimpan lama-lama.. terkilan juga rasanya walaupun bg aku yg tak serapat mana dgn Tok Nek. Tok Nek lebih rapat dgn cucu di sebelah besut manakala kami yg dikuantan lebih rapat dengan nenek angkat (yang dah pun pergi dulu)
Tapi rasa lega juga dapat menunaikan hajat Tok nek untuk bertemu Adam sebelum Tok Nek menghembuskan nafas terakhir..kami sempat pulang pada November, 2007 ketika itu Tok Nek masih boleh berbual dan ketawa walaupun dah agak uzur. Melihatkan telatah Adam Tok Nek memang asyik tergelak...
Buat Tok Nek.. semoga ditempatkan dikalangan org 2 yang beriman.. dan sentiasa dicucuri rahmat