KhaylatBugshan sebuah lagi perkampungan yang turut terkenal di kawasan Wadi Doan. Perkampungan ini terletak di barat selatan Hadramout dimana akan terlihatnya jika mengambil perjalanan darat dari bandar Seiyun ke Mukalla. Istana ini telah dibina pada 1218h (1798) oleh Sheikh Ahmed Bugshan Banakhar (the second ancestor of sheikh Saeed Suleman Bugshan, the grate)dan pada masakini istana ini telah dijadikan tarikan pelancongan seperti kemudahan hotel didalamnya dan muzium untuk dilawati . Kenapa perkampungan ini begitu terkenal di kawasan Doan kerana ia telah mencatatkan beberapa kejadian ulung seperti :
1. Kampung pertama yang diterangi oleh cahaya elektrik
2. Kampung pertama menerima air bersih melalui pemasangan paip
3. Filem wayang pertama yang ditayang dan dimainkan pada majlis perkahwinan. Peralatanya masih tersimpan baik di muzium sehingga kini.
4.Begitu ramai orang-orang terkenal dan VVIP melawat KhaylatBugshan.
5. Mendapat perhatian untuk projek-projek seperti pembinaan jalan, komunikasi, hospital, sekolah dan etc.
6. Keluarga bugshan ini membawa radio pertama sekitar tahun 1364 dan kereta (jenis bedford).
| Quote: |
| Finally, this kyallah sounds as typical and shinning village, in which alkhair settled, it's candle continues gliterring throughout all the valley and wadi.. |