| Sunday, 10-Feb-2008 12:53 |
|
Melancong + Balik Kampuang..... (Provinsi Sumatra Barat) - II
|
|
KETIBAAN
Kitaorang selamat tiba di Minangkabau International Airport pada pukul 8.00 pagi(WIB). Perjalanan dari Malaysia ke Padang cuma mengambil masa kurang dari satu jam sahaja. Sampai di airport, kitaorang disambut oleh travel agency kitaorang, Pak Hendry. Kali ni pergi Padang & Bukittinggi guna travel agency pula coz nak melancong. Sebelum ni(tahun 2001) aku pergi Bukittinggi semata untuk melawat kampung nenek saudara aku. Masa tu aku belum kahwin lagi.
Lupa lak nak bagitau, kali ni kitaorang pergi secara beramai-ramai, iaitu papa dan mama aku, adik-adik aku(2 orang), aku, hubby dan anak-anak serta Mak Yong aku(kakak kpd mama aku). Pihak travel agency menyediakan bus pariwisata untuk kitaorang, besh, lapang....suka anak-anak aku, maklumlah Ashraf dan Ellisa ni pestime naik bas . Bus pariwisata-bas persiaran.
AIR TERJUN LEMBAH ANAI
Dari airport kitaorang terus dibawa ke Bukittinggi, plannya 1 malam di Bukittinggi, 1 malam lagi diPadang. Semasa dalam perjalanan banyak sungguh penerangan yang diberi oleh Pak Hendry, sampaikan kepala aku pening dek input yang terlalu banyak hahaha..... Mahu tak pening, tido 2 jam + keracunan makanan. Seronok dengar penerangan dari Pak Hendry coz berkaitan dengan keturunan Minang, maklumlah aku kan ada darah keturunan Minang hehehe .
Semasa dalam perjalanan, kitaorang singgah di Air Terjun Lembah Anai, kat tepi jalan je air terjunnya. Makin dekat aku hampiri air terjun tu, memang sejuk aku rasakan. Aku tak berani nak bergambar dekat sangat dengan air terjun sebab sejuk bangat.
|