Macam mimpi jadi kenyataan bila aku dapat menjejakkan kaki ke Hokkaido….salah satu impian aku sebelum pulang ke Malaysia.
Aku ke Hokkaido seorang diri, tapi Alhamdulillah aku berjaya sampai ke Hokkaido, melihat apa yang aku nak lihat iaitu yuki matsuri (snow festival), Asahiyama Zoo dan pulang ke TIC setelah berada selama 4 hari. Gambar2 di ambil di sekitar hotel tempat aku menginap…iaitu pada hari pertama aku di Sapporo. Suhu di Sapporo -2, salji turun setiap hari tapi saljinya lembut dan ringan, berbeza dengan salji yang turun di Tokyo yang banyak mengandung air. Ramai orang di sekitar Sapporo, yang terdiri juga bangsa asing untuk melihat festival yang setiap tahun diadakan di Sapporo. Gambar2 di ambil di Chitose Airport dan kawasan berdekatan dengan hotel tempat aku menginap iaitu Nakajima Koen dan Susukino