Resepi muffin ini saya tak ingat dapat dari mana, tapi dalam internet jugak masa saya google.. Muffin ini sedap! Saya pulak ada tambahkan coklat cair, konon2nya nak buat macam chocolate chip muffin mummy jam. Muffin ini sedap sebabnya adik2 saya makan bertambah..
CHOCOLATE CHIP MUFFIN
Bahan kering :
250g tepung gandum
2 suduteh baking powder
1/2 suduteh bicarbonate soda
2 sudubesar serbuk koko
**semua ni di ayak , kemudian masukkan gula kaster dan gaul rata
175g gula kaster -saya kurangkan pada 155gm kerana takut terlalu manis
150g chocolate chip
Bahan basah : (campurkan semua bahan)
250ml susu segar
90ml minyak sayuran
1 biji tekur Gred A
1 suduteh esen vanilla
tambahan : 30gm coklat masakan, dicairkan, kemudian biarkan sejuk sebentar, campurkan dengan bahan basah semua
Cara membuatnya:
1) Panaskan oven pada suhu 190C - 200C..
2) Campurkan kedua-dua bahan, iaitu bahan basah dan bahan kering, kacau sebati, jangan lama & jangan terlebih kacau.
3) Masukkan coklat cip, jika suka, masukkan kacang sekali.
4) Sudukan pada bekas muffin, isikan 3/4 penuh, susun atas dulang pembakar.
5) Taburkan lagi coklat cip atau kacang pada atas adunan muffin ini.
6) Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.
Nota tambahan:
1. Saya isikan hanya 1/2 bekas muffin jadi atasnya tidak merekah sangat bila dah masak.
2. Saya bakar pada suhu 170Celcius sebab saya takmau dalam muffin ni kering sangat, bakar cara bakar kek, terpulang pada anda.
PANDUAN KEPADA PESAKIT KENCING MANIS!
Arwah nenek saya merupakan pesakit kencing manis. Lama juga dia dapat sakit tu, sebabnya dia suka sangat makanan yang manis2..rasanya ada berbelas tahun.. Tetapi, walaupun 6 bulan terakhir dia terpaksa disuntik dengan insulin 2kali sehari, kakinya alhamdulillah tak busuk atau berlubang. Ini kerana sejak dia mula mendapat penyakit kencing manis lagi, dia sentiasa sapukan minyak gamat pada kedua-dua belah kaki sampai ke paha. Hasilnya, kaki arwah nenek saya takde luka & busuk pun.. Doktor yang merawatnya pun terkejut tengok kakinya, doktor tu kata lagi, selalunya kalau pesakit kencing manis, mesti ada kudis, pastu mulalah berlubang kaki tu. Alhamdulillah! Agaknya khasiat minyak gamat tu kot. Arwah opah depan rumah ni pun kena kencing manis tapi kakinya kena potong, padahal baru jer dapat sakit tu.. Arwah nenek saya lagi lama dapat sakit ni.. Saya teringat cerita bonda raqynrafiqin (saya ni silent reader yer) tentang cerita pasal mak mertuanya yang sakit kencing manis sampai berlubang kakinya dikerjakan doktor. Cubalah bonda cara arwah nenek saya ni, untung2 kakinya boleh diselamatkan lagi dari melarat kan! Tapi mesti mau guna minyak gamat asli, bukannya gel gamat atau yang sewaktu dengannya.. Dulu bau bilik arwah nenek saya ni memang bau minyak gamat.
Arwah nenek saya ni disebabkan pada hujung hayatnya tiba2 tak jaga makan(agaknya pasal dia tau dia nak mati), dia diserang stroke & koma, kalau tak silap saya, hampir 2 minggu dia tak sedarkan diri. Agaknya pasal gula dah terlampau banyak dalam darahnya. Waktu itu saya di tingkatan 4, saya ingat lagi terpaksa usung baju sekolah & buku sekolah ke hospital sambil jaga nenek saya, kebetulan tengah minggu peperiksaan, tapi tak dapat tumpu perhatian sangat sebab kejap2 pelawat datang, letaklah balik buku tu, layanlah kejap, begitulah tugas saya setiap hari sehinggalah arwah keluar hospital. Saya bergilir2 dengan ibu saya menajag arwah nenek di hospital, tapi kesian dengan adik2 saya yang masih kecil di rumah, makan, minum & persekolahan mereka tak tentu, jadinya sayalah yang banyak menjaga arwah di hospital. Hampir setiap hari saya pergi sekolah dari hospital.
Seminggu selepas keluar hospital, ibu saya pula dimasukkan ke hospital. Dia jatuh sakit kerana penat sangat menjaga arwah di hospital. Kali ni saya pulak yang kelam kabut kerana tak tau mana satu nak handle dulu, adik2 di rumah, arwah nenek yang baru sedar dari koma & ibu saya yang di hospital. terpaksalah saya ponteng sekolah beberapa hari, ayah saya pun terpaksa ambil cuti. seminggu juga ibu saya di hospital.
Sejak arwah nenek saya keluar dari hospital, dia tak boleh bangun berjalan lagi, hidupnya hanya di atas katil. Hari2 dia akan diangkat ke kerusi roda untuk mengambil angin di luar, kalau tak, hidupnya hanyalah di dalam bilik sahaja. Sejak itu juga dia terpaksa disuntik dengan insulin 2 kali sehari. Tetapi hayatnya tidak lama selepas itu, selepas 4-5 bulan hanya terlantar di atas katil, akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir di atas katil itu juga dengan bersaksikan arwah opah di depan rumah & ibu saya. Ibu saya dah tengok keadaan arwah teruk jadi dia keluar ke klinik untuk menjemput doktor kerumah, saya tak diberitau tentang itu, kalau saya tau, sudah tentu saya akan duduk di sisinya, sehinggalah arwah opah depan rumah datang pada petang itu menziarah nenek saya(dia mmg dtg tiap2 hari menjenguk arwah nenek), dia cakap nenek ko dah nazak ni!, panggil mak ko cepat! Kebetulan mak saya sampai di depan pintu tapi doktornya akan menyusul kemudian sebab di klinik ramai orang. Mak saya berlari ke bilik arwah nenek, saya pula sibuk menelefon ayah & sedara-mara beritau tentang keadaan arwah nenek. Kemudian mak keluar dari bilik, dia diam saja tak cakap apa-apa pun, bila saya tanyakan keadaan nenek barulah dia bagitau nenek dah meninggal. Serentak dengan itu hujan lebat pun turun.
Waktu arwah meninggal, saya dalam minggu peperiksaan lagi, terpaksa saya ponteng sekolah lagi, tertinggal 1 kertas peperiksaan. Tapi saya tak menyesal dengan semua yang berlaku. Sekurang-kurangnya saya dah berikan komitmen yang terbaik hinggalah ke akhir hayatnya.
Sekian pada hari ini.
-zakiah z-