Tuna cheese muffin ini kita buat pada minggu lepas...dan rasanya best juga kalau dimakan bersama sos cili... resipi tuna cheese ini dari Yani My Resipi..terima kasih banyak kerana sudi berkongsi resipi yang menarik...dan resipi dibawah inipun saya copy dari beliau..
Ayakkan tepung, baking powder dan garam. Panaskan oven sehingga 180C
Pukul telur dan gula sehingga gula hancur.
Masukkan tuna bersama dengan air atau minyaknya. Kacau sebati.
Masukkan tepung sedikit semi sedikit berselang seli dengan susu segar
Akhir sekali masukkan cheese. Kacau rata.
Kemudian isikan adunan ke dalam muffin tray. atau muffin cup. Bakar selama 20 minit.
Kuih ini kalau sebelah pantai timur panggil pulut kaya...dan ditempat lain pula panggil srimuka..disebabkan kita dah biasa dengan nama pulut kaya jadi kita panggil dia pulut kaya..bukan apa nanti cepat kaya haha... .
PULUT KAYA
Bahan
Lapisan Bawah
3 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1 tsp garam
1. Masukkan pulut ke dlm loyang
2. Masukkan santan sama paras dgn pulut, garam, dan kacau sebati
3. Kukus hingga masak
4. Angkat dan gembur2kan pulut
5. Sapukan sedikit minyak pada loyang, masukkan pulut dan tekankan pulut menggunakan plastik tahan panas supaya padat dan rata ...cakarkan dengan garpu pada bahagian atasnya.
1. Blend semua bahan kecuali gula melaka.
2. Masakkan diatas api yng perlahan kacau sampai masak dan nampak berkilat
3. Tuangkan atas lapisan bawah
4. biarkan sejuk barulah dipotong.