Alhamdulillah...setinggi kesyukuran dipohonkan kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, memberikan ku peluang meneruskan kehidupan hingga ke hari ini. Disepanjang usia 29 tahun, terlalu banyak nikmat yang telah Kau berikan ke atas hamba yang lemah dan kerdil ini. Nikmat kehidupan bersama suami, anak-anak tercinta dan keluarga tersayang. Sesungguhnya nikmat yang besar tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit iaitu nikmat mengecapi kehidupan sebagai seorang Islam. Alhamdulillah....