Hari ini kembali bekerja di office setelah 5 hari outstation di Utara bersama editor dan photographer, Ayie.Ini kali kedua aku ke Sg Petani. Kali ini takde la penat sangat sebab schedule tidak terlampau ketat. Di Sg Petani seperti biasa dilayan dengan baik sekali oleh Cinta Sayang Golf & Country Resort . Malam terakhir di sana, berkunjung ke The Carnival. Dipaksa pula team kami menari beramai-ramai semasa majlis penutupan show di situ.Opps...lupa lak...aku diinterview bagi rancangan 'Kawasan Saya' RTM...hurm...ntah macam mana la nanti . Pada petang ahad kami bertolak ke Penang, menginap di Traders Hotel.Di Penang, susah gak nak cari makanan Melayu, banyaknye mamak dan sudah semestinya kari juga nasi kandar . Shooting di Penang sangat besh!!!Semua rumah adalah melalui contact ID-Keith yang viewnya mengadap ke laut. Feel je dapt rumah macam tu...tp a bit panas walaupun da pasang air-con. Watever pun pergi ke Penang memang besh memandangkan ada laut, sesuai menjadi lokasi bercuti.