| Saturday, 19-Jan-2008 16:37 |
|
SELAMAT MENYAMBUT HARI ASYURA
|
|
| Quote: |
14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram 1429, bersamaan Sabtu, 19 Januari 2008)
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bg tiap rambut yang disapu .
6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak
terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti
bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama
50 tahun melakukannya.
lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala"
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Surah Al-Ikhlas sebelas kali.
12. Membaca
"hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid
dan diharamkannya daripada neraka. |
SELAMAT MENYAMBUT HARI ASYURA
Salaam semua, pejam-celik² dah 10 Muharram..... alhamdulillah, sempat puasa Asyura tahun nih. So, sempena hari Asyura nih, me & my darling Hubby memulakan hari dengan pi shopping groceries . Most importantly beli brg² asas. Pesan arwah mak, kalau ikut adat kebiasaan my family, pada hari Asyura nih, digalakkan utk beli gula, garam dan benang..... Dan, yg seelok-eloknya sebagai ketua keluarga, suami yang kena belikan utk family... simboliknya, rezeki yang berkat akan berpanjangan, Insya Allah.
Bila bercerita pasal hari Asyura nih, An nak kongsi citer pengalaman best An. 15 tahun yang lalu, semasa hayat arwah Mak & Bapak, my family memang menanti kedatangan hari Asyura nih. Arwah MAk & Bapak akan sentiasa mengingatkan kami utk sama-sama berpuasa sama ada pada 9 & 10 Muharram atau pada 10 & 11 Muharram. Lazimnya, kitorang akan berbuka sama2, yang paling best adalah bubur Asyura air tangan arwah Mak. Sedappp...... lepas tu solat berjemaah ke masjid di mana arwah Mak & Bapak akan ikut sama bersedekah dan kami akan ikut sama membaca surah yaasiin dan tahlil.
Sekarang, yang dapat dipraktikkan adalah puasa dan membeli barangan² asas bersama Hubby. Then, pi hantar sedekah kat surau dan rumah anak² yatim. Semoga Allah memberkati.......
Apa² pun, yang paling penting niat dan keikhlasan kita kepada Allah, sentiasa bersangka baik bahawa Allah menyayangi kita. Dan atas setiap perkara yang berlaku itu ada sebab dan hikmahnya yang Allah shj Yang Maha Mengetahui.
So, selain dari citer Hari Asyura, An nak kongsi gambar2 Hari Raya Aidilfitri yang lepas..... nak jelaskan hutang la nih .... heheheheh......
MY LOVELY NOTTY ADEQ .... HMMM
A CUP OF COFFEE BE4 SOLAT SUNAT 'IDULFITRI
MY 3 HANDSOME HEROES
left 2 rite .:. standing.:. the 3rd, the 5th,
sitting.:. the 6th, the 2nd, the 1st, the 4th, the 7th
THE IN LAWS
THE NIECES AND NEPHEWS
THE GRAND NIECE AND GRAND NEPHEWS
|