My 7 days pic
My latest pic - 46 days
Nampak tak lesung pipi saya?
Hari ni umur Dini dah 46 hari. Ummi pun dah abis pantang. Merdeka!
Irdini telah selamat melihat dunia pada hari Jumaat, 14 Disember 2007 bersamaan 4 Zulhijah 1428H tepat 2.02 ptg dgn berat 3.18kg. Alhamdullilah sepanjang mengandungkan Dini sehinggalah melahirkannya, takde masalah. Alahan langsung takde sampai ummi pun tak tahu pregnant.

Puasa pun genap sebulan. Sakit bersalin pun tak lama. Dr pukul 1ptg dah terasa contraction seminit sekali, 1.30 mmg dah rasa sakit sgt sbb air ketuban pun dah pecah, check pun dah 5cm, terus masuk labour room at 1.45 dan 2.02 dah selamat semuanya. Tapi Dini kena tahan di Neonatal Intensive Care Unit selama 5 hari sbb termakan najis & jaundice. Alhamdullilah, hari yg ke-5 jaundice dah takde. Bolehlah balik. Yea...
Dina yg sibuk2 tanya baby sbb masa visit ummi kat hospital, tak leh tgk baby. Bila baby balik je, dialah yg paling excited. Irfan pun suka gak asyik sebut abi..abi..Kejap2 sayang baby. Hmm..dah jadi abang pun Irfan ni tapi manjanya kan main lagi. Sejak ummi dlm pantang ni, mmg manja kat abahlah. Sikit2 abah. Nangis pun panggil abah. Tak leh berenggang langsung. Nasib baik masa abah pi kerja, dia ok plak. Nak dok ngan atok.
Dini masa baru kuar hospital, asyik tido je. Nangis pun bila nak menyusu. Pastu tido balik. Skang ni dah pandai nak main. Lepas menyusu je, tak tido lagi. Berjaga sampai dia ngantuk, barulah tido balik. Tp siang jelah sbb bila bangun nak menyusu tgh mlm, abis menyusu jer terus tido. Dini tau kot bezakan siang dan mlm ye....

Hopefully, bila ummi dah mula kerja, Dini pun camtu gaklah. Bangun tgh mlm sekali dua jer kan. Tak de la ummi ngantuk kat office nanti.
Irdini - Kehormatanku