Walaupun dah lama habis raya...tapi sebab lately takde masa nak update, time ni baru boleh update...Aisya dah 1yr 6mths masa raya hari tu. Rambut pun dah panjang. Wan bagi handbag kat Aisya nak simpan duit raya. Tahun ni Aisya raya kat Melaka tapi orang2 kat Perlis kirim jugak duit raya kat Aisya...thank you very much. ;-) Pics masa gambar raya '06 pun ada , masa tu Aiysa baru 6 months. Oleh kerana Aisya je baby time to in the family, semua berebut...best gak, mama boleh melaram. Tahun ni akan lebih meriah sebab pak long pun nak dapat baby, takdelah berebut2 lagi :->