Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Assam laksa

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Assam laksa



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 13-Jan-2008 11:17
Kisah assam laksa & mee udang
Last week buat assam laksa. Teringin nak makan. Nak makan kat luar, kena pergi kat Ampang Park. Malas sebab jauh. Nak menempuh Jalan Tun Razak time balik tu sakit hati so pagi Ahad tu pergi pasar beli bahan-bahan nak buat assam laksa. Assam laksa ni tak sama dengan laksa tau. Assam laksa ni popular di kalangan masyarakat nyonya. Ni bukan jenis yang blender tulang & kepala ikan tu. Shida kurang gemar laksa yang tu. Pernah tertipu masa makan kat food court Sogo kat atas tu. Tulisnya kat menu board tu assam laksa, siap dengan garnishing daun pudina. Sekali dapat, laksa biasa. Dah le harganya mahal. Bukan assam laksa pulak tu. Memang sakit hati je

Laksa ada pelbagai jenis. Laksa utara/Kedah/Perlis/Kuala gunakan teknik yang sama. Jenis blender isi ikan dan juga blender tulang ikan. Laksa utara/Kedah/Perlis sedap makan dengan laksa tepung beras. Laksa Kedah biasanya taruk daun selom sebagai garnishing. Laksa Kuala pula makan dengan laksa tepung gandum. Assam laksa pula yang membezakannya adalah dari segi garnishing iaitu daun pudina dan hirisan nenas. Dan kuahnya juga berbeza, iaitu tak perlu blender isi ikan dan tak gunakan tulang-tulang ikan. Assam laksa sedap makan dengan laksa jenis licin/laksa tepung ubi.

Ni le assam laksa itu. Makan dari pagi sampai ke malam resepi tak payah taruk le pasal dah taruk dalam entry sebelum ini


Hari ni pula teringin nak makan mee udang. Pagi-pagi tadi pergi pasar beli bahan-bahan nak buat mee udang. Buat mee udang ni renyah sikit. Tapi hasilnya marvelous

Yang ni dah gaul


Quote:



Mee Udang
Kuah
1 kg udang sederhana besar
1 genggam udang kering
15 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
5 sudu besar pes cili/cili boh
3 sudu besar pes mee udang/pes udang
2 cm belacan
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

2 bungkus mee kuning

Bahan hiasan
5 biji telur rebus belah 2
1 ikat kangkung
Taugeh
Cili merah hiris
Bawang goreng
Limau nipis/ kasturi

Caranya
1. Kopek udang hingga tinggal isi sahaja.
2. Cincang 8 ulas bawang putih.
3. Panaskan 2 sudu minyak dan goreng bawang putih sehingga harum dan sedikit kekuningan.
4. Masukkan kulit dan kepala udang. Goreng sehingga bertukar ke warna kemerahan. Masukkan air sedikit dan biar mendidih.
5. Tapis kulit dan kepala udang. Kisarkan kulit dan kepala udang dan tapis airnya. Ketepikan air rebusan udang.
6. Rendam udang kering dalam air dan apabila telah kembang atau lembut tumbuk sehingga lumat.
7. Tumbuk bawang putih dan bawang merah.
8. Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk.
9. Apabila telah kuning dan wangi masukkan pes cili. Goreng hingga pecah minyak.
10. Masukkan belacan, pes mee udang/pes udang dan udang kering yang ditumbuk.
11. Masukkan air rebusan udang & yang diblender.
12. Biarkan mendidih dan masukkan gula dan garam secukup rasa.

Cara hidangan
Masukkan mee yang telah dicelur ke dalam mangkuk. Letakkan taugeh, kangkung (dicelur), isi udang (rebus seketika), telur rebus, bawang goreng dan cili hiris

Lagi banyak air rebusan udang yang diguna, rasanya lagi sedap.



© Pidgin Technologies Ltd. 2008.