Kalau ikutkan sepatutnya hari ni kak aida still lagi tengah melepak dekat melaka sebab sambung cuti lepas raya Qurban .. tapi, disebabkan nak kena settlekan Bonus 2007 kak aida pun nekadlah ke KL dengan adik kak aida Dila .. kak aida pergi semata² utk settlekan keje je .. bila sampai je opis, bos kak aida dah cakap yg Datuk CEO cari kak aida pagi² lagi utk tahu status bonus .. kak aida pun, cari semer dokumen berkaitan dan teruslah pergi mengadap ... lepas tu, kak aida ingat kan lama sangat tapi sekejap je .. lepas dia dah semak sekali lalu dia pun sign dan lulus .. kak aida tengok jam, still awal lagi .. kita org pun sepakatlah utk ke Jln Tar .. apa lagi .. shopping kainlah jawabnya .. kak aida ni memang suka beli kain sebab pegi keje memang kena pakai baju kurung .. ayu gitu kan .. Oklah tu je ... yg penting, tahun ni bonus pun boleh tahan ... yahoo ... Thank you so much to my bos, Tuan Haji Rusnan sbb bagi markah best utk saya ..
Kita org pun shopping mcm tak hingat .. lepas dah penat kat Jln Tar dan lunch, kita org ke Mid Valley pula .. Dila nak beli wallet pula .. aduhai .. pukul berapa nak sampai melaka ni kan ?? ..
Masa kita org di Mid Valley, penuhlah pelbagai decoration sbb dah nak Krismas kan .. kak aida dgn dila pun apa lagi .. bergambar tak hingat dunia dng pokok krismas tu ..