Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 1-Jan-2008 05:54
Selamat Tahun BAru 2008 semua!
Saya sebenarnya tak tau mana nak mula ni, dah banyak sebenarnya perkara yang berlaku. Saya mulakan dengan kisah SPORTY yang dah mati dulu! Sebenarnya 2minggu sebelum raya haji, adik saya telah membawa TITI ke klinik di Mutiara Damansara, Klinik Dr Heshmael! Dia letak je TITI kat situ tak jenguk2 sebab dia sibuk, Klinik tu jauh dari rumah saya di Subang Jaya ini. Disebabkan lama sangat TITI kat sana, saya pun pegilah menjejak langkahnya. Di sana barulah saya tau cerita sebenar TITI, menurut Dr Hasnul, selalunya bila kucing dah keadaannya camtu, nerve usus ke otaknya dah mati & asyik kencing without warning, dia nasihatkan tuan punya kucing tu matikan saja. Caranya ialah dengan suntik ke urat ke atau masukkan ubat dalam mulut, 2 minit dah selesai semuanya.. Dr Hasnul kata lagi, sebenarnya letak kat dia pun dah takde gunanya sebab rutinnya sama setiap hari, camtulah keadaannya takkan berubah. Tapi dia serahkan pada kami untuk membuat keputusan either nak matikan TITI atau tidak! Cubalah anda semua bayangkan kalau berada di tempat saya, kita yang kena tetapkan tarikh untuk membunuhnya! Tak tergamak rasanya! LEpas tu, saya minta untuk melihat sendiri keadaan TITI, Apa yang saya nampak, TITI cuba mengatakan pada saya, SELAMATKANLAH AKU, KELUARKANLAH AKU DARI TEMPAT NI! Saya rasa dia terseksa jauh dari rumah, dahlah terkurung saja! Punyalah marah saya pada adik saya yang meninggalkan TITI di situ tanpa memberitahu kami keadaan TITI. Sedih sungguh saya melihat keadaan TITI disitu. Di sebabkan saya perlu ke tempat lain selepas itu, saya menyuruh ibu & adik saya sahaja mengambil TITI membawa pulang kerumah!

Bila ibu saya ke sana, Dr sekali lagi menerangkan padanya keadaan TITI & untuk mengelakkan TITI terseksa lebih lama, matikan saja TITI! Syukur alhamdulillah ibu saya membawa pulang TITI juga. Bila TITI dah pulang, bukan main lagi dia happy, menyeret kakinya ke sana ke sini, sampaikan boleh turun naik tangga (3 step saja) ke kolam ikan. Kebetulan atuk saya pegi ke mekah bagi menunaikan haji waktu ini untuk dirujuk adakah boleh kita mematikan kucing ke atau tidak.

Pada hari sabtu, 2 hari selepas raya haji, ibu saya memerhatikan TITI di halaman kereta, di tepi pagar tempat TITI selalu keluar masuk masa sihat dulu, ibu saya menyumbat bola dilubang pagar itu supaya TITI tidak terlepas keluar dari halaman rumah. Tetiba ibu saya melihat TITI takde dihadapannya, kemudian bola di lubang pagar itu di alihkan, apalagi, kelam kabut ibu & adiks aya mencari TITI diluar rumah, maklumlah kaki sebelah dia dah lumpuh, kalau jatuh takleh bangun sendiri. Rupa2nya TITI dah jatuh longkang. Sejak itu keadaannya teruk, tak boleh mengiau, makan pun sikit saja, agaknya dia menahan sikit, entah2 organ dalamannya pecah sebab perutnya yang jatuh dulu dalam longkang itu, bukannya kaki dia, longkang itu pula tinggi & dalam.

Pada hari Ahadnya pulak, kami sekeluarga, termasuklah keluarga saya pulang ke Singapore, melawat pakcik saya yang berada di Jurong east sampailah hari Selasa malam. Pulang pada Selasa malam, kami dapati TITI tiada, puaslah kami cari satu rumah. Esoknya saya bangun pagi2 lagi nak bertanyakan hal TITI pada pembantu rumah ibu saya. Rupa-rupanya TITI telah mati pada hari Isnin, sehari sebelum kami pulang ke Subang Jaya semula. Dalam hati saya bersyukur yang amat sangat kerana saya tak nampak keadaannya bila menghembuskan nafas yang terakhir, jika tidak mesti seminggulah kami berkabung kerana sedih sangat. Satu lagi yang membuatkan saya bersyukur sangat apabila doa kami dimakbulkan Allah, biarlah Allah sendiri yang mengambil nyawa TITI, bukannya mati ditangan doktor, syukur alhamdulillah! Saya telah bertanyakan pada atuk saya mengenai bolehkah kita menyuruh doktor mematikan kucing, jawapannya TIDAK BOLEH, saya kurang pasti HARAM ke tak! Menurut atuk saya, kita telah memerintahkan Dr membunuh kucing itu, nyawa, hanya ALLAH sahaja yang berhak mengambilnya, walaupun binatang sekalipun! Jika kita buat, bermakna kita membunuhnya! Kita hanya Manusia biasa sahaja!

Saya sebenarnya masih terbayang-bayangkan TITI dalam rumah ini, selalunya kalau balik rumah, mesti kami terkam pada TITI dulu, sungguhlah... memang kami merinduinya... tapi kami redha!
Saya takmau letak gambar TITI lagi disini, ini hanya mengingatkan saya pada TITI lagi kuat...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oklah, cerita pasal sambutan raya haji pulak. Kali ni kami makan sampai masing-masing sakit perut, rumah mak saya makan, rumah mak mertua saya di Teluk Intan pun kami hentam lagi! Ada juga saya memasak nasi beriani & ayam masak merah bermadu di rumah mertua saya tapi tak sempat ambil gambar! Saya pulang ke Subang Jaya hari Sabtu, esoknya Ahad, (23/12/07) terus bertolak ke Singapore pula.. jalan sakan... Rumah sedara saya di Jurong East, kat sana Mak Long saya masak nasi minyak pulak. Meriah makan-makan ni.

Pergi singapore walaupun sale disana-sini takdelah saya shopping sakan sebabnya bila dah diconvert pada duit kita saya rasa lebih kurang aje harganya, cuma saya membeli transformer untuk kegunaan barang elektrik yang dibeli di Jepun dulu. Yelah, elektrik Jepun dan Malaysia tak sama, kalau nak pakai gak, kenalah guna transformer ni... Berat sungguh transformer ni...

Hari Isninnya, 24/12/07, merupakan birthday suami saya, hadiahnya saya dah bagi awal2 sebelum ke Singapore yer... kami tak celebrate apa-apa kerana suami saya malu nak celebrate reramai ni, dia prefer kami sekeluarga sahaja! Pada sebelah malamnya kami NIGHT SAFARI, punyalah ramai orang! Agaknya pasal christmas eve pastu cuti sekolah, nak tengok show kena beratur, nak naik trem pun kena beratur, selalunya tak payah!


Hari Selasa, 25/12/07 pula kami hanya jalan shopping complex di Jurong East sahaja, malas nak ke Orchard Road, lagipun 1 jalannya ditutup, lagilah jem dan ramai orang, tak kuasa mak nak berasak2 camtu! Hari ni merupakan hari ulangtahun anak sulung saya HUSNA yang ke-4 tahun. Senang betul nak ingat nak birthdate dia, hari krismas, selang sehari selepas birthday bapak dia! Memang dia ni anak bapak pun! Kami celebrate birthday HUSNA di rumah mak Long saya pada sebelah petangnya! Tapi HUSNA rupa-rupanya takut bila orang ramai keliling dia, punyalah meronta takmo potong kek, haiyaaaa... pastu dia pass pisau potong kek ke adiknya, adik dia sukalah pasal seumur hidupnya, inilah kali pertama dia dapat pegang pisau walaupun pisau plastik, dia siap nak potongkan kek kakak dia tu... Harulah si kakak ni kalau kami buatkan party untuk dia ni...Sebelah malamnya kami bertolak pulang ke Subang Jaya kembali!



Balik Ke Subang, saya rehat2 dirumah lebih kurang sehari-dua, maklumlah hampir seminggu berjalan jauh tanpa henti ni... Penat juga! Selepas itu dah sibuk mencari tadika yang sesuai untuk budak berdua ni, setelah menimbang dan puas survey, kami ambil keputusan untuk memasukkan budak-budak ni ke SMART READER KIDS di SS 19. Tak jauh dari rumah saya, senanglah nak berhantar dan berambil! Yuran bulanannya juga berpatutan setelah dibandingkan dengan tadika2 lain! Tapi bila tengok registration fees terperanjat juga, dahlah untuk 2 anak, apa-apa pun kami tak berapa kisah asalkan anak2 saya suka tempat tu. Cuma terperanjat sahaja, maklumlah semuanya dah naik harga! All the best for Husna & Syahreena!

Apa-apa pun, saya dah mula merasa keseronokan duduk di Malaysia ini! Memang betul kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, BAIK LAGI NEGERI SENDIRI, seriously! Siapa yang dah pernah dok oversea bertahun2 mesti bersetuju dengan apa yang saya katakan ini. Walaupun Malaysia panas, tapi tetap seronok duduk di sini...


Atas ni adalah gambar mee rebus SIngapore! Dibeli yer, bukan dibuat! Pada pendapat saya, mee rebus singapore rasanya lebih kepada mee kari yang berkeledek, mungkin kerana ada penggunaan rempah kari, berbeza dengan kebanyakan mee rebus di Malaysia ini yang tidak menggunakan rempah kari.. Bagi suami saya, mee rebus HAJI WAHID di JOHOR still the best! Saya tak pernah merasa lagi!


PERHATIAN KEPADA IBU BAPA YANG MEMPUNYAI ANAK YANG MENGHIDAP ATHMA!

Saya ingin membuka cerita athma ini adalah kerana ada ibu bapa yang membawa anak-anak mereka kerumah atuk saya untuk berubat. Tetapi ubat2nya bukan untuk budak yang berumur 12 tahun ke bawah! Dia hanya memberi panduan sahaja kepada ibu bapa mengawal athma anak-anak mereka! Kena pantang makan sikit, iaitu, buah-buahan dalam tin seperti laici, longan & dll, rambutan dan buah-buahan sejuk haruslah dielakkan sama sekali. Semua makanan yang bersifat sejuk haruslah dielakkan seperti aiskrim, air sejuk & sebagainya. Atuk saya kata, kesannya bukan serta-merta tapi kemudian hari. Dia juga berkata, dia tak boleh bagi ubat-ubatan pada budak yang berumur bawah 12 tahun kerana takut ada kesan sampingan. Bagi saya takpelah, kita pantangkan sikit daripada mereka jatuh sikit. Memanglah kesian tengok anak kita tak makan aiskrim, tak boleh makan buah itu, buah ini tapi nak buat camna kan, mencegah lebih baik dari mengubati!

Pesanan di atas ni, kalau mau ikut, ikut, kalau takmau ikut & percaya saya tak kisah kerana saya tak rugi apa-apa.. saya hanya menyampaikan sahaja!

Sebelum terlupa, saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada pengunjung fp ini!Semoga tahun ini lebih bermakna buat semua!

Sekian,
-zakiah z-

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.