Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Glance

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Glance



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 26-Dec-2007 05:13
Sepupu saya Kahwin.
Sabtu lalu setelah di ajak oleh Ikelah, saya menghadirkan diri ke satu majlis berinai perkahwinan sepupu saya di Segambut. Walaupun saya ni bukan jenis wedding photographer, alang-alang pergi majlis kahwin, saya bawak je la kamera untuk ambil gambar yang nanti boleh saya hadiahkan kepada sepupu saya. Lighting yang digunakan hanyalah SB600 sahaja. Ikelah lebih dasyat dengan lighting flash built in sebab SB600 dia masuk workshop. Oleh kerana tak biasa mengambil gambar wedding, maka mengelabah juga lah nak adjust lighting. Jadi maaflah kalau nampak terlebih flash atau terkurang ke.
Editing hanyalah dengan menggunakan Picasa sebab saya tak pergi seminer CS3 di Mandarin Oriental hari tu. Ni tunggu kawan kita Kavalera ajor bila ada kelapangan.

#1: Mrs Wazerin tengah tunggu Mr Wazerin pakai samping.



#2: Mr & Mrs Wazerin bersanding. Dah akad nikah hari sebelumnya.


#3: Pengantin berdua ni nampak ceria semacam.


#4: Posing jeling-jeling ni Ikelah yang suka sangat. Aku shoot jek ikut dan.


#5: Main close up sikit ala ala shoot spider dan dragon fly tapi tambah buat soft spot pakai picasa.


#6: Ni tumpang Mak Andamnya posing. Mak Andam ni jugak lah yang all rounder jadi jurufoto sekali. Dia suruh pose gitu gini, kita ni join sekaki je la cuma angle je kita adjust sendiri.


Akhirnya mintak tunjuk ajar sifu-sifu wedding photographer berikan komen sikit supaya lain kali boleh buat lebih cun.

Ikelah punya shots, entah bila la dia nak post. Nak jugak tengok hasil kerja dia.

Dalam banyak shots yang di ambil, ada juga shot yang tak menjadi lansung. Antara sebabnya ialah, kena limpahan cahaya lampu videoman mak andam, off position juru foto dan Ikelah yang teringin sangat bergambar.

#7: Ikelah sebagai orang ke 3.


#8: Lily tengah boring dan bingung dengan susana sekitarnya.


#9: Antara gambar yang tak best. Ada videoman off position depan tu ambil close up sedangkan patut ambil dari angle aku. Boleh jugak tumpang lampu limpah dia sebab flash aku tak sampai ke hujung. Bila adjust di picasa, image quality drop.


Rasanya nak kena beli Gary Foongnya bounce lah. Nampak pak sedara aku pakai, skin tonenya menarik.
Tapi bila tengok rupa macam balang blender, rasa tak padan dengan harganya.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.