| Saturday, 22-Dec-2007 16:43 |
|
Selamat Hari Raya Qurban
|
|
Pengertian Qurban
Perkataan kurban atau korban, berasal dari bahasa Arab qurban, diambil dari perkataan : qaruba (fi’il madhi) - yaqrabu (fi’il mudhari’) – qurban wa qurbaanan (mashdar).Ertinya, mendekati atau menghampiri (Matdawam, 1984).
Menurut istilah, qurban adalah segala sesuatu yang digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah baik berupa haiwan sembelihan mahupun yang lainnya (Ibrahim Anis et.al, 1972). Dalam bahasa Arab, haiwan korban disebut juga dengan istilah udh-hiyah atau adh-dhahiyah, dengan bentuk jamaknya al adhaahi. Kata ini diambil dari kata dhuha, yaitu waktu matahari mulai tegak yang disyariatkan untuk melakukan penyembelihan korban, iaitu kira-kira pukul 07.00 – 10.00 pagi.
Keadaan Haiwan Korban
Haiwan yang dikorbankan haruslah gemuk, sihat dan bagus. Tidak boleh ada cacat atau cedera pada tubuhnya. Sudah dimaklumkan, qurban adalah taqarrub kepada Allah. Maka usahakan haiwannya berkualiti dan top, bukan yang kurang kualitinya (Rifa’i et.al, 1978)
Berdasarkan hadits-hadits Nabi SAW, tidak dibenarkan berkorban dengan haiwan :
yang nyata-nyata buta sebelah matanya,
yang nyata-nyata menderita penyakit (dalam keadaan sakit),
yang nyata-nyata tempang jalannya,
yang nyata-nyata lemah kakinya serta kurus,
yang tidak ada sebagian tanduknya,
yang tidak ada sebagian kupingnya,
yang terpotong hidungnya,
yang pendek ekornya (karena terpotong/putus),
yang rabun matanya. (Abdurrahman, 1990; Al Jabari, 1994; Sayyid Sabiq. 1987).
Raya korban kali ni aku beraya disebelah keluarga isteri aku...di Kampung Che Lijah Dungun Terengganu. Di kampung ni saja ada 4 ekor lembu dikorbankan...Keluarga isteri aku korbankan seekor...kesempatan yang ada aku gunakan untuk merakamkan sedikit saat2 lembu tersebut dikorbankan di belakang rumah bapak saudara isteri aku....
|