Pada 14-16 Disember 2007 berlangsung Kejohanan Sukan Kementerian Sumber Manusia + Family Day KSM. Agak kelam kabut rasanya bila dua acara disekalikan. Walaupun kami boleh involve dgn Family Day tumpuan lebih untuk menyertai sukan. Ku seorang sahaja wakil badminton yg terpilih dari ILPKL. Kawan2 lain ke Bola Tampar, Dart, Bola Jaring etc.Tapi x syok gak...mcm terpinggir jer. Dahler bebudak pempuan team aku tu mcm kerek jer..terrorrr sgt ker main. especially single STAR tu...aku ingat terorr sgt. Ada plak backhand 360 darjah. Dia belajar mana tu.
Perlawanan kalah mati diantara Zon Tengah v/s Zon Utara pada sebelah petang. Walaupun team ku menang tapi aku kalah dlm mix doubles. Naper lah lembik sgt partner aku tu, dah lerr aku kena libas jer, pastu ajar aku ajaran sesat dlm mix doubles. Tolonglah....May be gak aku manja sgt ngan cikgu, so dah biasa pempuan jaga depan. Ni dia nak buat game tu mcm bergu wanita lak. Dia pun tak pandai cover aku. Sebelah malam, sib baik lah derang tukar aku main women doubles. Aku pun tak hinggginn main ngan mamat tu. (sombong sombong sombong mcm lah aku ni bagusss sgt , tapi kalau aku kalah pun biarlah kalah bermaruah sketttt). Walaupun aku tau Ida budak JPP tu kurenngggg sket permainan aku rasa aku leh buat kot. Dia pun banyak membantu walaupun kat luar org panggil dia TUGU. Sengit sgt2 sebab game kami tu penentu pingat emas menentang Zon Selatan. Jadi tumpuan semua org keliling di gelanggang + psiko penonton giler babat. Alhamdulillah menang walau dua2 game tu pergi duce. 21-20 , 22-21. Terima kasih pada cikgu yg banyak tunjuk ajar dan bagi pinjam raket, to all friends in ILPKL team who supported me so much that night. Luv u olsss.
Tapi esoknya x syiokk gak, pemberian pingat tak dapat diberi pada kami sbb tak cukup. Iskkkk ntah hape2 wat sukan tapi tak diurusetia dengan bijak. Kalau org kata aku pentingkan diri nak tuntut pingat...akan tetap ku tuntut. Penattt woooo main.
Di harap KSM pada kejohanan akan dtg lebih telus dalam memilih pemain. Janganlah sbb awak pengurus dari Jabatan tertentu maka sesetengah pemain yg dipilih sbb dia dari jabatan anda bak kata cik Junaidi "pegang raket pun dah tau sape boleh main atau tidak" Tak kata org ILPKL bagus tapi selection tu bagilah adil dan telus.