Dalam kesibukan ayah menghadapi tugasnya merakam foto-foto perkahwinan setiap hujung minggu dan kerja2 grafik, printing, album arrangement, dan sebagainya yg menyusul pada weekdays, sempat juga ayah berpakat dengan mama untuk pergi membawa azureen berjalan-jalan melancung ke negeri jelapang padi, Kedah. Turut bersama kami ialah Uwan (emak mama) dan kak sakinah (anak buah mama). Untuk 2 malam kami bermalam di Hotel Tandop yang terletak hanya lebihkurang 10 minit dari Alor Setar. Biliknya besar dan bersih, lantainya berkilat kerana kerapkali dimop. Sewanya pun murah... hanya RM80 semalam untuk bilik dengan 2 katil double dan 1 katil single. Nanti zureen akan bercerita lagi tentang perjalanan ke sana. Buat masa ni ayah masukkan gambar zureen di kaki tangga rumah kelahiran Tun Dr Mahathir yang terletak di Jalan Pegawai, Alor Setar. Ayah kata gambar ni amat bererti buat ayah, kerana ayah adalah salah seorang pengagum Tun Mahathir. Pemikirannya, visinya, tindakannya, pandangannya yang jauh terkedepan, memang dikagumi. Pastinya setiap manusia tak terlepas dari kesilapan, tapi kelebihannya mengatasi segalanya. Sayang pengunjung tak dibenarkan mengambil gambar di bahagian dalam rumah tersebut. Tapi gambar ini pun sudah lebih dari mencukupi buat ayah. Ayah berpesan pada zureen, "Adik telah berada di tempat di mana dia bermula. Ayah harap ini adalah permulaan untuk adik memulakan sesuatu yang bermakna dalam hidupmu. Jadikanlah dia sebagai pembakar semangat untuk adik memajukan diri dan mencapai kejayaan yang cemerlang dihari mendatang. Di kaki tangga ini ayah bakar semangatmu, biar ia jadi permulaan buat segalanya. InsyaAllah..."