Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Syukur alhamdulillah, telah kami sekeluarga jejakkan kaki ke tanahair ini ahad lepas, 2/12/07! Sampai-sampai saja di KLIA, kami terus menyerbu ke BURGER KING! Pehhhhhh... Seronoknya dapat makan burger halal ni! Kalau kat Jepun terpaksalah saya buat sendiri... Memanglah tak sama macam yang kita buat sendiri, takde ajinomoto, bahan pengawet, garam yang berlebihan, tapi takpe, sekali sekala..
Sejak balik ke Malaysia ni, saya macam dah tak berapa sibuk sangat nak ke restoran makanan segera macam KFC & MCDONALD, tak macam dahulu, setiap kali pulang ke Malaysia mesti sibuk nak ke MCDONALD atau KFC ni.. Agaknya pasal saya dah tune dalam otak saya, makanan segera ni tak elok di makan selalu.. setakat ni, alhamdulillah, anak2 saya pun takde memaksa ke restoran2 ini selalu setelah saya terangkan tak elok makan selalu, tah-tah diorang ni bebuat faham je tak? hehe..
Minggu pertama saya di Malaysia, memang agak sibuk, dengan barang kontenanya dah sampai, dengan urusan bank, dengan bil2 mana yang tertunggak, kami settlekan ini semua dahulu, rumah saya toksah cakaplah dengan habuknya mak aih!!! Maklumlah rumah tinggal dekat 2 tahun! Kalau balik bercuti ke Malaysia sebelum ni saya tinggal di rumah mak saya saja!
Masa membeli barang keperluan harian di hypermarket, saya agak terperanjat juga dengan harganya, kalau bulan April yang lepas, barangan yang saya ambil selalunya bernilai lebih kurang RM50-RM60, sekarang ni dah RM80... Memang mendadak sungguh harga barang2 ni naik! Patutlah kawan saya bersungut sekarang ni barang keperluan dah mahal! Gaji naik pun takde beza!
Oklah, ini update mengenai SPORTY a.k.a TITI kucing kami. Barulah saya tau kenapa dia lumpuh, rupa-rupanya kaki dia terkena hentakan yang kuat, doktor kata mungkin dilanggar motor. Saya tak rasa TITI dilanggar motor, kalau dia dilanggar motor mesti dah hancur kakinya itu, motor kalau melanggar kucing mesti habis kena gelek, takkan terpelanting kucing tu sebagaimana kereta melanggar manusia, kucing kecik saja... Saya dan adik2 saya berasakan TITI dipukul orang, ada benda yang mengenai/memukul kaki TITI. Menurut pembantu rumah mak saya, sebelum ni, ada yang cuba menarik kaki TITI, agaknya dia nak pegang TITI kot... Oh, ya! Kucing kami pernah juga diculik dulu.. sampai sekarang tak taulah apa nasibnya tah hidupkah, matikah... Kalau betullah TITI dipukul orang, memang sungguh kejamlah manusia itu! Sampai terseksa TITI dibuatnya!
Kesan daripada pukulan kuat di kakinya itu, TITI tak boleh berjalan lagi, usus besarnya mengecut, sudah hampir 2 minggu TITI tidak berak lagi, ini bahaya untuk tubuh badannya kerana menjadi toksin & racun dalam tubuh badannya! Saya tak rasa TITI lumpuh, saya ternampak TITI berdiri dan cuba berjalan walaupun dengan melompat sahaja, kalau betullah dia lumpuh, dia takkan dapat berdiri, mesti dia heret saja kaki dia tu... Yang sedihnya, mak saya berkata, kalau TITI tak berak2 jugak, dia akan dihantar ke klinik kembali, kalau doktor tengok dia makin teruk, TITI akan dimatikan! Sedih sungguh bila memikirkan riwayat TITI macam tu saja, bila mak saya berkata begitu, tetiba saya teringat tentang pokok yang menjadi penawar pada penyakit kucing iaitu POKOK MISAI KUCING! Terus suami saya mengambil pokok itu dibengkel kawannya, pesan kawannya, berikan akar pokok ini untuk dimakan okleh kucing. Bila kami suakan pokok ini pada TITI, terus saja dia menggigit bahagian akarnya tanpa disuruh. Agaknya dia memang tau itu adalah ubatnya! Memeranjatkan, selepas sehari dia menggigit2 akar POKOK MISAI KUCING INI, dia dah boleh berak! Inilah kuasa Allah! Khasiat pokok yang dianggap sebagai tumbuhan liar ini rupa2nya ada gunanya, walaupun bukan pada kita manusia, tetapi pada kucing, haiwan lain saya tak pasti! Sahabat-sahabatku sekalian, telah saya katakan pada anda-anda sebelum ini, perubatan herba/ tradisional kadang2 adalah lebih baik daripada ubat-ubatan yang dicipta oleh manusia! Tapi tulah, masalahnya kita tak tau apa kegunaan pokok2 di sekeliling kita ni.. Itulah ubat yang Allah sediakan untuk kita, ubat ciptaan manusia, kebanyakkannya mengandungi dadah yang boleh memberi kesan sampingan di masa akan datang! Serasa saya, manusia yang bebetul tau khasiat tumbuh-tumbuhan di dunia ini hanya NABI SULAIMAN, kerana dia ada mukjizat untuk bercakap dengan jin, pokok2 & sebagainya...
Since saya dah ada di Malaysia ini, saya nak korek tentang khasiat herba tradisional ni daripada atuk saya, salah satunya khasiat kayu manis (yang ni saya sendiri dah tengok kesannya pada 2 orang) & ubat untuk batu karang pada pundi kencing! Insya allah akan saya ceritakan pada entry yang akan datang bila saya ada masa lapang nanti.. Saya amat bersyukur kerana saya ada sumber untuk merujuk tentang khasiat tumbuh-tumbuhan ini dan pasal permasalahan agama kerana atuk saya ini merupakan sorang tahfiz al-quran, tau hadis, umurnya dah 80+++, dia tau yang mana hadis palsu mana tak.. Dia kata zaman ni banyak sungguh hadis palsu & perkara bidaah yang orang kita buat, bidaah tu maknanya Rasulullah tak buat tapi kita buat, sebenarnya ok tapi kalau orang kita dah anggap benda tu wajib dibuat, haram jadinya! Contohnya doa qunut masa sembahyang subuh, masa zaman Rasulullah dulu, doa ini dibaca apabila mereka dalam kesusahan sahaja, doa ni hukumnya sunat, tapi ada sesetengah orang kita yang mewajibkan bacaan tersebut pada sembahyang subuh, hukumnya haram sebab benda yang sunat diubah menjadi wajib!
Saya sebenarnya malas nak bercerita pasal agama kat sini, serik saya setelah dulu saya dihentam kerana menulis pasal petua2 atuk saya.. Tapi kalau tak disampaikan pula, kesian pada orang yang tak tau! Takpelah... nanti2 saya akan bercerita lebih lanjut!
Oklah, panjang jugak tulisan saya pada kali ini! Sekianlah cerita saya pada kali ini! Moga2 ilmu yang ada ini kita manfaatkan bersama! Sementara itu, pada kengkawan saya yang berada di NAGASAKI, selamat menjamu mata dengan gambar burger yang kami makan di KLIA dari BURGER KING ini!
Yang ini merupakan chicken burger!
Yang ni pula whopper burger! Dah setengah jalan baru teringat nak ambil gambar! Dedua burger ni kami makan sungguh2.. hehe... Sorilah kualiti gambar kurang memuaskan kerana kami bebetul lapar, main tangkap muat saja!
sekian,
-zakiah z-