Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 7-Dec-2007 11:52
Majlis Ulangtahun Kelahiran Akasyah
Dah seminggu majlis berlangsung, namun kini baru dapat upload sedikit gambar waktu majlis tempoh hari. Majlis tak ler besar mana, sekadar jemput kengkawan dan saudara mara. Kebetulan plak kawan ummi dari KL datang bercuti di Kelantan. Orang kata ala kadar dan nak ambil hati budak je...tapi alhamdulillah meriah jugak. Mula-mula tok mi plan nak buat majlis kat taman, sebab nak wat bbq. Tapi malangnya, cuaca mendung semacam jer. Jadi kami pun guna plan kedua, iaitu buat indoor party jer. So, takleh ler nak buat games yang gempaq-gempaq takut runtuh rumah tok mi nanti...hehehhe....
Yang paling penat adalah untuk membuat persiapan la kan. Ye la sebab mama Ly, papa Ja dan mama Zah keje dan ada aktiviti lain, jadi kami yang tinggal meneruskan persiapan. Yang paling kalut ialah si Danish ler.... Suka sangat la dia lebih-lebih lagi bila ada belon-belon ni. Waktu kami tiup belon-belon ni Danish tido. Elok plak bila siap tiup je dia bangun....terus ler dia buat keje....

Goodies bag yang ditempah dari Mai pula memeriahkan lagi majlis kami. Suka ler anak-anak yang datang.Masing-masing dapat cenderahati.

Tak banyak gambar yang kami snap masa majlis, sebab camera woman sibuk melayan tetamu dan buat adh-hock games....


Aturcara Majlis hari tu lebih kurang mcm ni.

Mula-mula: Kita makan dulu...Ye la..kan buat majlis lepas solat Jumaat, jadi perut semua dah keroncong. Tetamu yang datang terus je kami jamu makan. Sambil menunggu tetamu yang lain datang kami bersembang-sembang....

Games: Sebenarnya, games ni ummi plan sorang-sorang. Mula tu memang plan nak wat games pecahkan belon dan byk lagi outdoors aktiviti. So, bila dah tukar plan, dalam diam-diam ummi plan sendiri la....maklumlah takut plan tak jadi...sebab tempat tu terhad kan....
Tapi bila tengok keadaan anak-anak macam luar kawal, so...ummi keluarkan goodie bag masing-masing.


Game 1: Cari benda yang hilang pada Goodie Bag. (Jawapan dia..hanya ummi dan mai jer yang tahu...hehee...Susah jugak rupanya sebab tak ramai yang dapat cari menda yang hilang tu. yang bestnya, bukan anak-anak jer yang main..bahkan Tok Mi dan Tok Bah pun ikut sama...mak-mak dan bapak-bapak budak yang lain apa tah lagi)

Game 2: Cari 7 beradik yang hilang.(Ada tujuh beradik sama cantik sama saiz...tingginya kurusnya....telah ditangkap oleh penjahat....Pastu disembunyikan dicelah-celah belon....Cepat cariii....sapa cepat dia dapat!!!!!......Hahaha...kelam-kabut semua belek celah-celah belon....Hhhuhuhu...

Game 3: Cari Harta Karun (Kebetulan kat ruang jamuan tu ada 3 buah meja... Jadi ummi sedia kan 3 sampul angpau di isi dengan sediikit duit la....kononnya harta karun... hahhaha...Klu dia" Warna kuning bukannya emas...Pun begitu amat berharga....Bawah meja letaknya saya......Sapa dapat dia la yang punya"...Hahahha tertonggeng-tonggeng la nak amik angpau yang terletak bawah meja tu. Lebih-lebih lagi bwh meja jepun....

Game 4: Teka-teki.(Game ni paling best.... Semua orang main game ni....tapi si kecil-kecil yang dapat bagi jawapan yang betul....gamat betul suasana...riuh rendah ngan gelak ketawa...Hahaha....Yang paling geli hati bila soalan teka teki untuk anak-anak bawah 7 tahun...Soalan: Mcm mana bunyi lembu?....Danish dan Syifa' bersaing bunyikan lembu dengan versi masing-masing...Hahaha

Game santai: Domino...saje suka-suka sebab budak-budak tak puas main game.

Setelah selesai main game, majlis diteruskan dengan solat asar berjemaah yang telah diimamkan oleh Tok Su. Mohon keberkatan dari Allah dan perlindungan serta keberkatan dariNya dalam apa jua perkara yang dilaksanakan. Amin.. Tambah pulak, tahun depan nak periksa....UPSR Good Luck Adik Akasyah.



Akasyah dapat surprise dari Ustaz Zami, cikgu yang sentiasa membimbingnya pada setiap masa...Koleksi gambar-gambar sewaktu kelas bowling yang siap dibingkaikan.Terima kasih Ustaz.


Majlis Tamat... dan lepas majlis, ummi dan officemate bawak Kak Maz dan family jalan-jalan di Pantai Bachok.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.