Bingka Carrot
Bahan-bahan:
1 kg lobak merah – dibersihkan,dipotong,direbus.
3 biji telur
150ml susu pekat
250ml susu cair
250gm tepung gandum
180gm gula
125gm butter
½ sudu the garam
Bahan utk di sapu di atas bingka: bahan sapu nie dicampur/dipukul sedikit
1 sudu teh golden syrup/madu
1 sudu besar butter
1 sudu besar putih telur
CARA:
1.Lobak merah yg telah direbus, di blend dgn susu cair sehingga betul-bwtul halus.
2.Pukul gula dan butter sehingga kembang.
3.Masukkan telur satu persatu sehingga habis.
4.Masukkan susu pekat dan lobak merah yg telah diblend,masukkan garam dan pukul lagi sekejap.
5.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
6.Sapukan Loyang dgn sedikit butter dan tuangkan adunan ke dlm Loyang.
7.Bakar selama 40 minit dgn suhu 180c.
8.Selepas 40 minit, keluarkan dari oven dan sapukan permukaan bingka dgn bahan sapu di atas.
9.Bakar lagi selama 5 minit dan keluarkan dr oven.
10.Apabila bingka sejuk,masukkan ke dalam peti sejuk.
(Bingka ni pun sedap...tapi tak ingat kat mana ambik...tima kasih banyak)
ROTI PONDOK INGGERIS
Sumber : MamaFami (sorry copy aje...tapi ada pinda skit ...jangan marah ye Mama)
Bahan-bahan :
(A)
*400 g tepung roti
*100 g tepung gandum
45 g gula
10 g garam
20 g susu tepung
3 1/2 sudu kecil yis kering (saya letak 1 paket yis mauripan)
* (saya guna tepung high protien)
(B)
1 biji telur
260 ml air suam
(C)
60 g mentega
Topping :
Mentega
Gula
Kaedah penyediaan :
1. Adun (A) sehingga sebati. Tambah (B) dan uli sehingga menjadi doh.
2. Tambah (C) dan uli doh menjadi lembut dan kenyal.
3. Biarkan ia naik selama 60 minit.
4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan bentukkan menjadi bebola.
5. Biarkan ia selama 10 minit. Ratakan dan gulung seperti cara membuat kek gulung Swiss.
6. Gris 2 acuan roti bantal (P 20sm X L 11sm X T 11sm). Letak setiap gulung ke dalam tin. Biarkan ia naik selama 45 minit atau berganda saiznya.
7. Guna pisau tajam, hiris sekali di permukaan roti. Sapu sedikit mentega dan tabur sedikit gula ke atasnya.
8. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit. Keluarkan daripada acuan. Biarkan sejuk, potong dan hidangkan.
(Lembut dan sedap roti ni...tq mama ye)
| Quote: |
| Mama--------->jadi dah ke roti saya tu?. Tima kasih kepada tukang promosi kerana mempamerkan resipinya dan kita sesama mencubanya. |