Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


yang dibuat masa raya aidilfitri!

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
yang dibuat masa



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 29-Nov-2007 12:40
The last entry from Nagasaki!
Assalamualaikum & salam sejahtera semua! Entry kali ni adalah entry yang terakhir daripada bumi Jepun ini. Esok perkhidmatan internet dirumah saya akan ditamatkan.. Di saat saya tulis entry ini, saya rasa sebak sangat sebabnya banyak pengalaman yang berharga yang saya dapat dari sini, terutamanya ilmu masak-memasak ni.. Persahabatan yang terjalin dengan rakan-rakan disini, termasuklah student2 di nagasaki ini amatlah saya hargai.. Saya rasa sedih untuk meninggalkan kawan2 saya ni, bukannya sedih untuk meninggalkan bumi Jepun, bukanlah saya tak suka duduk kat Jepun ni, tapi saya merasakan best lagi duduk di Malaysia agaknya... Saya sedih juga kerana persahabatan yang terjalin di sini, mungkin tidak sama bila saya dah pulang ke Malaysia, mungkin tidak serapat sekarang, semuanya bagaikan keluarga saya, ada adik & kakak! Saya juga rasa gembira sangat sebab akan berangkat ke Malaysia pada hari Ahad ini, rasanya dah tak sabar dah untuk berjumpa keluarga kami yang tersayang & paling utama sekali TITI...



Tapi saya rasa sedih lagi sekali kerana, minggu lepas secara tiba2 TITI sakit, tak boleh berjalan, adik saya bawak ke klinik sampai 3-4 kali, akhirnya di klinik yg dibawa oleh adik lelaki saya mengsahkan bahawa TITI lumpuh! Saya sedih kerana TITI tak macam dulu lagi, saya kesiankan dia tak boleh berjalan lagi.. Memula pergi ke klinik pertama di Subang Jaya, doktor tu kata TITI kena feline luekemia! Sekali pergi ke klinik di kota damansara doktor kata TITI dah lumpuh! Tak dapatlah TITI kejar burung lagi, tangkap lipas lagi... saya rasa, TITI lepas ni akan bermurung sahaja pasal tak boleh berjalan, so dia akan jadi moody sikit, orang ajak gurau pun mesti dia marah! Habislah tangan saya & anak2 saya akan sentiasa bercalar-balar!

Oklah enough with TITI conditions! Resepi kali ini masih lagi mengenai kek coklat! Yang ini kena betul dengan taste kami suami isteri! Tak manis sangat & tak lemak sangat, moist jer pasal tak guna butter, guna minyak.. Resepi ini saya ambil dari my.resepi oleh fendi! Even kak hajar pun kata sedap kek ni! Saya dah buat kek ni masa aidilfitri lagi, ni kali kedua saya buat! Suami saya yang tak suka kek coklat pun bila dah rasa nak lagi nak lagi.. hehe.. lawak bila tgk dia masa saya offer tak mau, tapi bila dah tengok atas meja tu, dia potonglah sikit merasa, sekali dia potong lagi, dan lagi, dan lagi.. maknanya sedaplah tu!



KEK COKLAT TANPA BUTTER (FENDI75)

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================

** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan gula dan pukul lagi
3. Kemudian masukkan minyak masak
4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak

Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk


Notes***
1. Saya takde susu coklat jadi saya gunakan susu segar, dibancuh dengan drinking chocolate, kalau takde, campurkan dengan serbuk koko & gula.
2. Memula saya bakar pada suhu 170C, bila dah setengah jam, saya turunkan suhu pada 160C.
3. Untuk topping coklat saya gunakan whip cream 200ml + coklat masakan 300gm, dimasak secara double boiler sehingga coklat air, kemudian angkat mangkuk dari boiler, masukkan butter 1 sudu kecil, kacau hingga sebati!


Yang ni dibuat masa adidilfitri!

Kalau ada yang tak faham, sila tinggalkan komen..

sekian pada hari ini,
-zakiah z-

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.