Di musim cuti sekolah ni,,selain sibuk orang nak kahwin..budak-budak lak sibuk nak dikhatankan...hujung minggu aritu family sebelah papa hubby aku ni sibuk la buat kenduri ni agak besar-besaran dan penuh adat la sempena budak-budak nak khatan nih...aku rasa kenduri kahwin pun kalah ni mana taknya siap 2 ekor lembu lagi tumbang. Yang berkhatan nih semua cousin0cousin hubby aku seramai 7 orang.
Antara acara-acaranya ialah pada sebelah malamnya ada upacara bersanding dan bertepung tawar. Pada tengah hari esoknya..ada lak perarakan dimana budak-budak yang nak khatan ni dijulang dan diarak selepas diarak diorang diberi makan beradab lak...yang lagi best diorang ni siap diraikan oleh salah seorang exco pahang lagi...majlis ini tak berakhir disitu saja malah turut dimuatkan dalam paper 'Sinar Harian'. memang terasa kemeriahannya..