Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


pastu, letakkan sesudu adunan cheese pulak

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
pastu letakkan sesudu



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 22-Nov-2007 14:18
MOIST CHOCOLATE CAKE (Kak Mislieha)


akhirnya dapat juga ku upload gambar2 ni, sabo jelah bila fp tengah tak betul! Ok, bercerita tentang resepi kali ni, resepi memang dah popular resepidotnet yahoogroups. Tuan punya resepi ialah kak mislieha, dia ni memang tukang buat kek untuk dijual, resepi ini adalah resepi kek coklat yang selalu dibuat jualnya!

Saya dah test resepi ni, memang best! Lembut & moist! Saya syorkan pada anda untuk mencubanya! Terima kasih yang tak terhingga kepada kak mis kerana sudi berkongsi resepi kek yang sedap ni! Bagi saya, yang menyumbang kepada kelembutan kek ini adalah ovalette, boleh cari di kedai menjual bahan baking yer, ataupun di giant/carrefour/tesco, brand NUR kalau tak silap, HALAL! Tu yang penting! Ok, kepada yang berada di luar malaysia, saya tau, sukar untuk mendapatkan ovalette, hmmm.. cubalah guna tanpa ovalette tapi tidaklah segebu kek yg ada ovalette yer.. Anak2 saya jer makan tak berhenti2 ni...

Disebabkan saya ada stok cream cheese yang perlu saya habiskan (dah nak balik mesia ni), saya pun buat kek ini ala2 chocolate marble cheesecake oleh kak roylazim. Kek ini memang popular sebabnya gabungan coklat & cheese memang sedap! Cara-cara membuat cream chese filling ada dibawah..



CHOCOLATE MOIST CAKE

250gm butter
300gm castor sugar
1tbsp ovellate
6biji telur

BAHAN AYAK:
250gm tepung
2tsp baking powder
1½tsp soda bicarbonate

BAHAN CHOCOLATE PASTE
1 cawan coco powder
1¼ cawan air
60gm castor sugar
1tbsp nescape - optional


CARA-CARANYA

1) Pukul butter + castor sugar + ovellate sehingga kembang masukkan telur satu persatu
2) Masukkan BAHAN AYAK berselang seli dengan BAHAN PASTE, sebaik-baiknya dimulakan dengan BAHAN AYAK, diakhiri dengan BAHAN AYAK juga...
3) Masukkan adunan kek dalam loyang yang telah disapu butter/majerin & dialas ditengah dgn kertas minyak, untuk mengelakkan kek dari melekat ditengah2..
4) Bakar 170 selepas setengah jam turunkan suhu ke 150 bergantung pada oven masing-masing (ini untuk oven sederhana)


TOPPING CAKE
300 gm Cooking Chocolate (dipotong kecil2 untuk memudahkan cair)
200 gm Whipping Cream
1 tsp butter

Cara-caranya:

1. Whip cream diletakkan dalam periuk kecil, dipanaskan atas api kecil, agak2 dah ada buih2 timbul angkat dari api, jangan sampai mendidih.
2. Masukkan cooking chocolate, kacau hingga coklat cair, kalau masih tak berapa cair, letak atas api perlahan semula, tapi jangan lama, kang terhangus pulak campuran coklat ni kang...
3. Bila coklat dah habis cair & sebati dengan whip cream, masukkan sesudu butter & kacau sebati.
4. Biarkan hingga topping ini sejuk atau sehingga dapat kepekatan yang diingini untuk disapu ke atas kek. Kalau nak cepat likat topping ni, letakkan dalam peti sejuk...



CREAM CHEESE FILLING

250gm cream cheese - disyorkan guna brand philadelphia
1/3 cawan gula kaster
1 biji telur
perahan jus lemon, ikut masam yg dikehendaki, saya letak 2 sudu kecil jer


Cara-caranya:

1. Pukul cream cheese dan gula hingga kembang atau sehingga ringan, nak tau ringan, cuba angkat adunan dengan sudu, kalau jatuh dengan mudah maknanya dah ringan dah tu...
2. Masukkan telur & kacau sebati, time ni tak payah pukul kuat2 lagi...
3. Akhir sekali masukkan jus lemon, bagi saya, kalau letak terlampau banyak, akan menyebabkan cheese ini menjadi muak, tu pendapat sayalah....


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.