Tempat : Sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
Hari ini adalah hari yang amat dinanti-nantikan oleh semua student student. Cuti semester datang lagi... hehe Selalunya
AKU dan
ARM sebelum ni naik bas balik ke Penang, Tapi pada kali ni tidak lagi...
ARM kan dah ada kereta...
Pada mulanya dah rancang ngan
KHAI sekali nak balik Penang bersama... Namun kat saat saat akhir hari kejadian,
KHAI berubah fikiran... "Sahabatku sekalian, aku rasa aku balik dengan bapak aku laa... bapak aku mai KL, so aku balik ngan dia lah..." teringat kata kata KHAI...
Tak mengapalah.. lepas tu jadilah
AKU dan
ARM akan menerjah bersama kereta PGP 344 ke Penang... uhuksss...
Kami bertolak lebih kurang pada pukol 3.15 petang.... "Haha... pukoi 7 sampai la ni..." kata
ARM yakin..."
Hmmm... singgah kedai minyak dulu... kerana kereta tanpa minyak umpama badan yang tadak darah... hehe... pasti kan mati di tengah jlan jika tiada minyak... "30 cukup kot..?"
ARM menyapa... "Boh pi lah 40... aku sapot 20... wekeke

"
AKU membalas...
Jalan jer lah lepas ni...Dah jalan jauh la jugak... singgah kat Tapah... sebab perut pon dah berkeroncong berbunyi... makan apa sikit... Jalan balik...
Dalam perjalanan, kami banyak dugaan dan cabaran... hehe(macam la banyak sangat...!) Hujan lebat jer pon... tapi hujan merupakan faktor yang mungkin membawa kepada kemalangan.. Namun
ARM adalah seorang yang amat fokus sekali dalam memandu...
Sampai tol Jelapang dan kemudian tol Juru... haha...

herasa gembira dihati ini apabila melepasi tol juru kerana itu adalah pintu ke PULAU PINANG... wekeke...
Akhirnya sampai jua tempat yang ditujui, sampai pukoi 8 suku jugak laa...
AKU tidoq kat umah
ARM... Rumah
ARM terletak di GELUNG BUBU, SPU, Penang...
Hmmm... esok pagi dia hantaq aku balik... Ikutilah
KRONOLOGI perjalanan kami yang tak seberapa DI BAWAH ni......
hehe...